PAU 2020: Ucapan Noh Omar berhubung semangat Muafakat kurang sambutan, Hadi enggan ulas ucapan Zahid

Menurut laporan, UMNO hanya menyiarkan secara langsung ucapan ketua-ketua sayap dan Timbalan Presidennya Mohamad Hasan yang merasmikan ucapan perasmian tiga sayap parti. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤاو 2020: اوچاڤن نوه عمر برهوبوڠ سماڠت موافقة كورڠ سمبوتن، هادي اڠڬن اولس اوچاڤن زاهيد

TTF: Sertai saluran

Ucapan Tan Sri Noh Omar berhubung semangat Muafakat Nasional di Perhimpunan Agung UMNO tidak mendapat sambutan memberangsangkan daripada para perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sementara itu, presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang memenuhi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 hari ini tetapi enggan ulas ucapan dasar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, TTF melaporkan bahawa Sayap-sayap UMNO mengadakan mesyuarat secara tertutup semasa perbahasan pemimpin akar umbi sehingga menyukarkan media dan penganalisis politik untuk menilai sentimen parti secara menyeluruh.

Wakil TTF yang hadir di PWTC berkata terdapat perbincangan di kalangan para perwakilan berhubung perlunya pucuk pimpinan parti diubah dan perlunya UMNO menarik sokongan terhadap PPBM serta merta.


PETALING JAYA: Ucapan Tan Sri Noh Omar berhubung semangat Muafakat Nasional di Perhimpunan Agung UMNO tidak mendapat sambutan memberangsangkan daripada para perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Noh, selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, mengingatkan parti untuk tidak mengkhianat demi memastikan kelangsungan survival politik.




“Kami di Selangor… pegangan kita ialah apabila kita berkawan, kita bersahabat, kita jangan khianati kawan kita. Melainkan kita dikhianati, itu lain.

“Jangan rakyat lihat bahawa kita yang khianati perjuangan ini.

“Kerana itulah kita di negeri Selangor ini kita telah membuat kuputusan bahawa harapan kita supaya UMNO dan PAS janganlah bertembung dalam pilihan raya akan datang.

“Sebab itu kita tahu kita mesti menggunakan jalan diplomasi, kerana itulah maka semangat Muafakat Nasional di negeri Selangor dikukuhkan dan kami berusaha utuk tidak bertembung,” ,” ujarnya selaku pembahas dalam usul ucapan dasar Presiden Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Kenyataan Noh tidak disambut dengan reaksi oleh para perwakilan atau tepukan gemuruh sepertimana sebelum ini jika kata-kata sebegini diucapkan oleh kepimpinan parti.

Sementara itu, presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang memenuhi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 hari ini tetapi enggan ulas ucapan dasar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, TTF melaporkan bahawa Sayap-sayap UMNO mengadakan mesyuarat secara tertutup semasa perbahasan pemimpin akar umbi sehingga menyukarkan media dan penganalisis politik untuk menilai sentimen parti secara menyeluruh.

Loading...

Menurut laporan, UMNO hanya menyiarkan secara langsung ucapan ketua-ketua sayap dan Timbalan Presidennya Mohamad Hasan yang merasmikan ucapan perasmian tiga sayap parti.

Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pemimpin Umno menekan suara-suara yang tidak sehaluan dengan mereka.

Annuar juga mendakwa serangan dilancarkan di internet untuk memburuk-burukkan mana-mana pemimpin parti yang berbeza pendapat, seperti Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Hishammuddin Hussein, Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim dan Ketua Wanita Noraini Ahmad.

Ini termasuklah dakwaan menggantikan para pembahas yang tidak direstui oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan orang lain.

Wakil TTF yang hadir di PWTC berkata terdapat perbincangan di kalangan para perwakilan berhubung perlunya pucuk pimpinan parti diubah dan perlunya UMNO menarik sokongan terhadap PPBM serta merta.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

PAU 2020: Dakwaan tapisan pembahas, penyiaran perbahasan terpilih, larangan media



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...