
(Buletin TV3): Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijangka menghadiri Persidangan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), esok.
Perkara itu dikongsikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mana kehadiran Khairy dijangka memberi suntikan semangat kepada perwakilan.
Muhammad Akmal menyifatkan Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ sebagai antara tokoh penting yang sentiasa dihormati oleh sayap parti berkenaan.
Beliau berkata, kehadiran bekas Menteri Kesihatan itu bukan saja dinanti-nantikan, malah akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan Pemuda UMNO dalam mendepani cabaran politik semasa.

MELAKA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijangka menghadiri Persidangan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), esok.
Perkara itu dikongsikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mana kehadiran Khairy dijangka memberi suntikan semangat kepada perwakilan.
Muhammad Akmal menyifatkan Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ sebagai antara tokoh penting yang sentiasa dihormati oleh sayap parti berkenaan.
Beliau berkata, kehadiran bekas Menteri Kesihatan itu bukan saja dinanti-nantikan, malah akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan Pemuda UMNO dalam mendepani cabaran politik semasa.
“Pemuda UMNO mendapat suntikan semangat kerana KJ adalah antara tokoh yang kami hormati dan sudah pasti persidangan esok akan lebih bermakna dengan kehadiran beliau,” katanya kepada BH, hari ini.
Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, Persidangan Pemuda UMNO kali ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kesatuan, memperjelas hala tuju serta membina keyakinan generasi muda terhadap peranan UMNO dalam landskap politik semasa.
Katanya, pendirian Pemuda UMNO di bawah kepimpinannya kekal konsisten untuk mengutamakan prinsip perjuangan parti, meskipun berdepan pelbagai tekanan dan polemik politik sejak kebelakangan ini.
“Sebelum ini, saya sudah menegaskan Pemuda UMNO tidak akan berkompromi dalam soal prinsip, maruah parti dan suara akar umbi.
“Kami tidak gentar ditekan atau dicabar kerana Pemuda UMNO pantang berundur.
“Serentak itu, kami akan terus bersikap tegas dan berani menyuarakan pandangan, termasuk menegur kepemimpinan secara berhemah demi memastikan UMNO kekal relevan dan diyakini rakyat,” katanya.
Beliau turut berharap persidangan kali ini dapat menjadi titik penyatuan semua pihak, khususnya generasi muda parti, untuk bergerak seiring menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum akan datang.
Persidangan sayap parti itu bermula malam ini dengan perasmian akan disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka jam 9 malam, manakala persidangan membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pula akan berlangsung esok.
Sumber: Buletin TV3
