“Nazri pernah mendesak agar Zahid dipecat sebagai Presiden UMNO selepas audio perbualan Zahid dengan Anwar dan surat sokongan Zahid terhadap Anwar terbongkar. Menurut Nazri, apa yang dilakukan oleh Zahid “melanggar dasar parti. Persoalannya, bukankah sokongan terbuka Nazri terhadap Anwar pada Julai 2019 turut melanggar dasar parti?”
Raggie Jessy Rithaudeen
ءڤچت اجي هيڤوكريت برنام نازري عزيز، تق ڤايه فتنه تڠكو غزالياغء
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa Lembaga Displin UMNO mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang masih belum menyokong kerajaan pimpinan UMNO.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Mohamed Nazri menegaskan, lembaga disiplin itu juga perlu tegas dan mengambil tindakan terhadap apa yang dilakukan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li.
Tegas beliau, UMNO telah membuat keputusan untuk menyokong kerajaan sedia ada namun Tengku Razaleigh memilih untuk kekal berada di blok Bebas.
“Surat dia (Tengku Razaleigh) kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sudah cukup sebenarnya untuk kita mengambil tindakan terhadap dia, sebab dia tidak lagi menyokong kerajaan hari ini yang mana perdana menterinya daripada UMNO, melawan lah tu namanya.
“Itu masalah kita, kita takut untuk mengambil tindakan, ambil sahaja tindakan tidak kira siapa yang membuat kesalahan.
TONTON: BUBAR TAK BUBAR
“Kita tengok dalam keadaan tertentu senang sahaja Lembaga Disiplin UMNO buang orang tertentu, tetapi bila kena pada Tengku Razaleigh, Lembaga Dsiplin UMNO takut nak ambil tindakan,” katanya.
Persoalannya, bukankah kata-kata Nazri menggambarkan dengan tepat ketakutan Lembaga Disiplin UMNO untuk memecatnya tiga tahun lalu?
Pada 16hb Julai 2019, Nazri secara terbuka berikrar untuk menyokong presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kelakuan Nazri bercanggah terus dengan dasar yang dipraktikkan oleh UMNO, yang melarang mana-mana ahli parti memberi sokongan kepada pemimpin parti lawan ataupun berdamping dengan pemimpin lawan untuk mengkritik UMNO.
Perkara ini terbukti apabila Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan timbalan presiden parti pada 2016 atas beberapa alasan, antaranya, kesanggupan Muhyiddin berkongsi pentas dengan pemimpin pembangkang untuk mengkritik kepimpinan UMNO.
Nazri juga pernah mendesak agar Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipecat sebagai Presiden UMNO selepas audio perbualan Zahid dengan Anwar dan surat sokongan Zahid terhadap Anwar yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong terbongkar.
Menurut Nazri, apa yang dilakukan oleh Zahid “melanggar dasar parti.”
Persoalannya, bukankah apa yang dilakukan oleh Nazri turut melanggar dasar parti?
Setahu saya, keengganan Tengku Razaleigh Hamzah menyokong kerajaan pimpinan UMNO tidak boleh ditafsir sebagai “penentangan terhadap kepimpinan UMNO” atau “pelanggaran dasar parti,” kerana sebagai seorang ahli parlimen, Tengku Razaleigh berhak mengambil sikap “berkecuali” dan duduk di blok bebas.
Ini berbeza dengan tindak-tanduk Nazri, di mana orang yang disokong oleh Nazri menerajui gabungan yang terang-terang menentang dan mengkritik kepimpinan UMNO, sekaligus menjadikan sokongan Nazri satu bentuk “penentangan terhadap kepimpinan UMNO.”
WAJIB TONTON:
