Peguam: Azalina terkhilaf, lulus Belanjawan 2021 tidak sama dengan sokong Perdana Menteri

Azalina terkhilaf apabila berkata kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat membuktikan Perdana Menteri memperoleh sokongan majoriti. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڬوام: ازلينا ترخلاف، لولوس بلنجاوان 2021 تيدق سام دڠن سوكوڠ ڤي عيم

Kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat semalam sama sekali tidak membuktikan Perdana Menteri memperoleh sokongan Ahli-ahli Parlimen.

Peguambela dan peguam cara, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Ahli Parlimen yang menyokong belanjawan tidak semestinya menyokong Perdana Menteri.

Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman dalam satu kenyataannya berkata, kemenangan undi belanjawan memberi gambaran bahawa Perdana Menteri dan Kabinetnya mendapat kepercayaan majoriti.

Sehubungan itu, Rafique menegaskan bahawa ianya adalah salah untuk membuat kesimpulan seperti itu.

Beliau juga memetik kenyataan Ahli Parlimen BN Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang pernah menyatakan sokongannya terhadap belanjawan kerana komitmen mereka demi rakyat bukan menyokong Perdana Menteri sedia ada.

Menurutnya, hanya undi percaya atau undi tidak percaya sahaja yang akan membuktikan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan dan menyokong Perdana Menteri adalah dua perkara yang berbeza sama sekali. Ia tidak boleh diletakkan pada kedudukan yang sama.

“Ahli Parlimen yang menyokong belanjawan kerana memikirkan krisis ekonomi disebabkan Covid-19.

“Bagaimanapun, mereka yang menentang belanjawan juga tidak boleh dikaitkan seolah-olah mempertikaikan arahan Istana,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman dalam satu kenyataannya berkata, kemenangan undi belanjawan memberi gambaran bahawa Perdana Menteri dan Kabinetnya mendapat kepercayaan majoriti.

Sehubungan itu, Rafique menegaskan bahawa ianya adalah salah untuk membuat kesimpulan seperti itu.

Beliau juga memetik kenyataan Ahli Parlimen BN Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang pernah menyatakan sokongannya terhadap belanjawan kerana komitmen mereka demi rakyat bukan menyokong Perdana Menteri sedia ada.

Loading...

Kata Rafique lagi, kelulusan peruntukan untuk setiap kementerian yang dibahaskan juga hanyalah dengan majoriti tips.

“Untuk membuktikan kesahihannya, beban sekarang berada di bahu Perdana Menteri untuk menunjukkan bahawa dia boleh mengekalkan sokongan dari 111 Ahli Parlimen.

“Beban bukan di pihak Pembangkang untuk membuktikan mereka mempunyai majoriti.

“Adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa Perdana Menteri masih mendapat sokongan majoriti 111 Ahli Parlimen hanya kerana tiada siapa di dalam pembangkang yang memperoleh jumlah itu,” hujahnya lagi.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...