Peguam dakwa wanita Indonesia yang menuduh EXCO Perak merogolnya mungkin diperalatkan

Choo Kiong didakwa merogol pembantu rumahnya di sebuah bilik di tingkat atas kediamannya di Jalan Desa Meru 2, Taman Desa Meru, dekat sini, antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

Perbicaraan kes EXCO kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong, yang didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia, ditetapkan selama lima hari bermula 11 November ini.

Pada 23 Ogos lalu, Choo Kiong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Gabriel Susayan, yang hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa, berkata beliau dimaklumkan oleh keluarga mangsa bahawa ada kemungkinan wanita itu dipergunakan untuk kepentingan politik.


IPOH: Perbicaraan kes EXCO kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong, yang didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia, ditetapkan selama lima hari bermula 11 November ini.

Hakim Norashima Khalid, membuat keputusan itu selepas tarikh berkenaan dipersetujui oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan ketika kes itu disebut semula di Mahkamah Sesyen hari ini.




Pengarah Pendakwaan Perak, Azhar Mokhtar, berkata pihaknya akan memanggil 24 saksi termasuk mangsa bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.

Pada 23 Ogos lalu, Choo Kiong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Choo Kiong didakwa merogol pembantu rumahnya di sebuah bilik di tingkat atas kediamannya di Jalan Desa Meru 2, Taman Desa Meru, dekat sini, antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan oleh Azhar dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman.

Tertuduh diwakili barisan peguam Leong Cheok Keng, RSN Rayer, Ram Karpal Singh dan Farhan Sapian.

Gabriel Susayan dan K Shalvin hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa manakala S Selvi sebagai peguam pemerhati Kedutaan Besar Republik Indonesia.

Loading...

Norashima turut menetapkan 22 Oktober ini bagi kes itu disebut semula untuk pengurusan kes selepas pihak pembelaan memaklumkan bahawa mereka hanya memperoleh laporan forensik dan saintifik pada pagi ini.

Ram Karpal berkata pihak pembelaan memerlukan masa untuk melantik pakar dan meneliti laporan berkenaan.

Sementara itu, Gabriel, ketika mencelah prosiding itu, berkata beliau dimaklumkan oleh keluarga mangsa bahawa ada kemungkinan wanita itu dipergunakan untuk kepentingan politik.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Gabriel berkata beliau akan menulis surat kepada kedutaan Indonesia untuk menemui mangsa berikutan timbul dakwaan pembantu rumah itu dipergunakan sebagai alat politik.

Dalam pada itu, wakil kedutaan, Sabda Tian, berkata pihaknya berharap perbicaraan itu dapat memberikan keadilan terbaik untuk mangsa serta semua pihak berkaitan termasuk kerajaan Malaysia dan Indonesia.

“Alhamdulillah, mangsa sudah bertemu keluarganya minggu lalu, bagi kami, hanya prihatin dengan mangsa, itu saja,” katanya.

Katanya, kes itu mendapat perhatian bukan saja kerana ia membabitkan seorang wanita dan rakyat negara itu tetapi juga kepentingan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Terdahulu, kira-kira 200 orang penyokong Choo Kiong termasuk beberapa EXCO kerajaan negeri, hadir seawal jam 8 pagi di pekarangan mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Sumber:


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...