
ڤڬوام فايل ڤرموهونن چلاه سامن سيد إسكندر ترهادڤ كڤوتوسن اڬوڠ تيدق اشتهار ضرورت
Satu permohonan untuk mencelah tindakan Saman Pemula oleh peguam Syed Iskandar bin Syed Jaafar telah difailkan oleh barisan peguam yang terdiri daripada Mohd Khairul Azam dan Malcom Fernandez.
Dalam satu kenyataan, Tetuan Raja Riza & Associates berkata, permohonan tersebut difailkan menerusi syarikat guaman mereka agar Mohd Khairul dan Malcom dinamakan sebagai pencelah-pencelah yang mempunyai kepentingan secara langsung terhadap isu-isu perlembagaan yang wujud dalam tindakan Syed Iskandar.
Pada 30hb Oktober lalu, Syed Iskandar, melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan Saman Pemula untuk meminta mahkamah menentukan sama ada Agong mempunyai budi bicara mutlak untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun dinasihatkan oleh perdana menteri untuk berbuat demikian.
Menurut Tetuan Raja Riza & Associates, permohonanMohd Khairul dan Malcom adalah untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat umum yang salah anggap bahawa tindakan saman terhadap pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh kuasa prerogative Seri Paduka Baginda Tuanku, sedangkan ianya hanya mempersoalkan keabsahan keanggotaan dan nasihat Lembaga Pengampunan yang telah menasihatkan YDPA.
IPOH: Satu permohonan untuk mencelah tindakan Saman Pemula oleh peguam Syed Iskandar bin Syed Jaafar telah difailkan oleh barisan peguam yang terdiri daripada Mohd Khairul Azam dan Malcom Fernandez.
Dalam satu kenyataan, Tetuan Raja Riza & Associates berkata, permohonan tersebut difailkan menerusi syarikat guaman mereka agar Mohd Khairul dan Malcom dinamakan sebagai pencelah-pencelah yang mempunyai kepentingan secara langsung terhadap isu-isu perlembagaan yang wujud dalam tindakan Syed Iskandar.
“Peguam Mohd Khairul Azam berpendapat bahawa Saman Pemula dalam tindakan ini adalah jelas mempersoalkan kuasa YDPA yang termaktub di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Tindakan ini sememangnya berbeza sekali dengan tindakan saman yang difailkan terhadap Lembaga Pengampunan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana hanya telah mempersoalkan nasihat yang diberikan kepada YDPA tanpa menyentuh sebarang kuasa prerogatif YDPA,” katanya.
Pada 30hb Oktober lalu, Syed Iskandar, melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan Saman Pemula untuk meminta mahkamah menentukan sama ada Agong mempunyai budi bicara mutlak untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun dinasihatkan oleh perdana menteri untuk berbuat demikian.
Menurut Tetuan Raja Riza & Associates, permohonan Mohd Khairul dan Malcom adalah untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat umum yang salah anggap bahawa tindakan saman terhadap pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh kuasa prerogative Seri Paduka Baginda Tuanku, sedangkan ianya hanya mempersoalkan keabsahan keanggotaan dan nasihat Lembaga Pengampunan yang telah menasihatkan YDPA.
“Dalam tindakan ini juga, peguam Malcolm Fernandez turut berpendapat bahawa sebagai warganegara Malaysia dan juga sebagai pengamal undang-undang, adalah penting bagi permohonan untuk mencelah ini difailkan iaitu bagi menyokong titah YDPA yang mana diputuskan berlandaskan prinsip perlembagaan mengikut undang-undang.
“Turut ingin ditegaskan bahawa YDPA adalah merupakan salah satu tunggak yang merangkumi kesemua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Oleh demikian, barisan kaunsel yang diketuai oleh Haniff Khatri dan juga Datuk M Reza Hassan bagi pihak kedua-dua anakguam, akan berhujah dengan lebih lanjut berhubung isu-isu perlembagaan yang wujud dalam tindakan Saman Pemula tersebut.”
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
