Peguam: Kenyataan pegawai khas Perdana Menteri menyeleweng dari peruntukkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

Peguam Zulhazmi Shariff. Sumber (gambar): Malaysiakini

Zulhazmi Shariff

ڤڬوام: كڽاتأن ڤڬاواي خاص ڤردان منتري مڽلويڠ دري ڤرونتوقكن اكتا ڤينچيڬاهن دان ڤڠاوالن ڤڽاكيت برجڠكيت

Saya ingin merujuk kepada laporan berita yang disiarkan oleh Malaysiakini di pautan berikut:

https://www.malaysiakini.com/news/539678

Laporan ini menyebut bahawa Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri menyatakan bahawa tindakan penguatkuasaan ke atas mereka yang ingkar arahan kuarantin wajib di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) perlu diambil oleh agensi penguat kuasa seperti polis dan bukannya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Dr. Jemilah dilaporkan berkata:

“Yang pertama kita kena faham. Akta 342 memang jelas. Tugas KKM ialah keluarkan arahan memastikan orang ramai patuh kepada arahan (di bawah Akta 342). Kalau ada yang tidak ikut arahan, KKM akan kemukakan masalah itu kepada peguam atau polis untuk mengambil tindakan,”

Saya rasa Dr. Jemilah wajar periksa dan teliti peruntukkan undang-undang yang ada khususnya Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan juga praktik sedia ada melalui kes-kes yang telah dibawa ke Mahkamah.

Untuk makluman Dr. Jemilah, Penasihat Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Seksyen 23 Akta 342 memperuntukkan seperti berikut:

Pendakwaan

  1. Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh hadir di mahkamah dan menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Apa maksud peruntukkan Seksyen 23 ini? Maksudnya mana-mana pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana kementerian termasuk KDN (Polis) yang diberi kuasa sebagai pegawai pendakwa dengan izin Peguam Negara boleh menjalankan pendakwaan di Mahkamah berkaitan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Kita lihat di dalam kes “Mak Cik Gelang Pink” yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan melanggar peruntukkan Seksyen 15 (1) Akta 342. Kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak Ahmad Fakurazi Abu Bakar.

Begitu juga di dalam kes “Kluster Sivagangga”. Pemilik restoren nasi kandar Salleh tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar di mana kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zabidah Ahmad.

Loading...

Untuk makluman Dr. Jemilah, Tuan Ahmad Fakurazi Abu Bakar dilaporkan merupakan Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Bukankah Ahmad Fakurazi ini kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Jika Ahmad Fakurazi bukan pegawai KKM, beliau pegawai dari Kementerian mana dan Jabatan mana? Beliau mendakwa atas kapasiti apa? Adakah beliau mempunyai kuasa mendakwa? Jika tidak, pendakwaan adalah tidak sah.

Saya menganggap bahawa Ahmad Fakurazi tersebut adalah seorang pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang diberi kuasa di bawah Seksyen 23 Akta 342 untuk mendakwa.

Justeru, kenyataan Dr. Jemliah adalah TIDAK BENAR malah menyeleweng dari peruntukkan Akta 342.

Nasihat saya kepada Dr. Jemilah:

Jadilah pegawai kerajaan atau kakitangan awam yang bermaruah dan berintegriti. Jika tidak tahu dalam sesuatu hal, jangan komen atau periksa dulu sebelum keluarkan kenyataan.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...