Peguam Najib masih sebut-sebut perbicaraan tidak adil walaupun panel baru lima Hakim tidak melibatkan Hakim yang dipertikai pasukan Najib

Pagi tadi, Najib gagal dalam permohonannya untuk dapatkan kebenaran menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman terhadapnya. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڬوام نجيب ماسيه سبوت-سبوت ڤربيچاراان تيدق عاديل والاوڤون ڤانل بارو ليما حاكيم تيدق مليبتكن حاكيم يڠ دڤرتيكاي ڤاسوكن نجيب

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Peguam bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan majoriti panel lima Hakim baharu Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan semakan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Ini selepas empat daripada lima hakim menolak permohonan semak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib yang dikekalkan oleh panel lima hakim terdahulu di mahkamah yang sama.

Keputusan hari ini bermakna sejumlah 13 hakim bersetuju dengan keputusan awal Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes SRC, manakala seorang lagi hakim berpendapat kes rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan wajar didengar semula.

Menurut sistem kehakiman negara, keputusan majoriti di peringkat Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan dikira sebagai keputusan muktamad mahkamah dan wajib dipertahankan oleh semua hakim selepas keputusan dibuat.

Menurut Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, penghakiman Datuk Abdul Rahman Sebli yang dilihat bertentangan dengan empat hakim lain telah membuka satu jalan lain dalam kes tersebut.

TONTON: KEPUTUSAN MAHKAMAH KES SRC NAJIB MEMBUKTIKAN ANDA DITIPU SELAMA INI, KINI APANDI ALI WAJIB DIDAKWA 

“Akibat penghakiman minoriti, terdapat jalan lain yang dibuka. Terdapat kes yang bantahan tidak hanya dilakukan sekali.

“Selagi terdapat alasan untuk bantahan baharu, ia (semakan) boleh dilakukan,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Istana Kehakiman hari ini.

Keputusan hari ini bermakna sejumlah 13 hakim bersetuju dengan keputusan awal Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes SRC, manakala seorang lagi hakim berpendapat kes rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan wajar didengar semula.

Menurut sistem kehakiman negara, keputusan majoriti di peringkat Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan dikira sebagai keputusan muktamad mahkamah dan wajib dipertahankan oleh semua hakim selepas keputusan dibuat.

Pagi tadi, Najib gagal dalam permohonannya untuk dapatkan kebenaran menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman terhadapnya.

Sehubungan itu, ruang dan peluang untuk beliau bebas daripada kesalahan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. terkubur.

Loading...

Keputusan itu dibuat dengan majoriti 4-1 dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Nordin Hassan menyokong.

Abdul Rahman merupakan ketua panel menentang keputusan tersebut.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee berkata, beliau amat kecewa terhadap keputusan mahkamah yang menolak permohonan untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib.

Beliau juga menekankan akan kepentingan perbicaraan yang adil selepas menolak permohonan tersebut kerana mendakwa berlaku ketidakadilan dalam kes mahkamah hari ini.

Jelasnya, Abdul Rahman Sebli tepat apabila memetik Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan yang membenarkan mahkamah menghalang ketidakadilan dan penyalahgunaan proses perbicaraan semasa membuat penghakiman.

“Keadilan bukan sahaja untuk mengetahui sama ada seseorang itu bersalah atau tidak, tetapi juga mengenai proses memberi perbicaraan paling adil.

“Proses ini sangat penting, sebab ini mungkin berlaku kepada anda (sesiapa sahaja) pada masa akan datang. Mungkin bukan anda, boleh jadi anak atau ayah anda. Jika mereka didakwa, anda mesti yakin bahawa mahkamah akan memberi proses perbicaraan yang adil,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee tidak menjawab secara jelas soalan pemberita jika Najib telah melunaskan bayaran denda RM210 juta seperti yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

“Bagaimana anda mahu bayar RM200 juta? RM200 juta adalah duit yang dimasukkan di dalam akaun telah dibelanja untuk amal jariah dan tujuan politik.

“Bukan untuk poket (Najib). Jadi, jelas duit itu anda tidak boleh dapatkan semula sebab anda bayar ke arah kebajikan, dana politik dan sebagainya,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Najib mempunyai masa untuk menjelaskan denda RM210 juta pada bila-bila masa sehingga tempoh akhir hukuman penjara 12 tahun yang dihadapi.

Bagaimanapun, jika gagal berbuat demikian hukuman penjara 12 tahun yang dijalaninya boleh ditambah kepada lima tahun.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan Utusan Malaysia

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...