Peguam Najib tarik diri

Bekas Pendakwa Raya Kanan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan peguam M Puravalen membuat keputusan menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.




KUALA LUMPUR: Bekas Pendakwa Raya Kanan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan peguam M Puravalen membuat keputusan menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Puravalen ketika dihubungi pemberita, hari ini berkata, beliau dan Mohd Yusof memutuskan untuk menarik diri daripada pasukan peguam Najib secara baik.

“Kami menamatkan hubungan profesional ini melalui persetujuan bersama, bagaimanapun kedua pihak meneruskan hubungan baik,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusof mengesahkan berhubung penarikan diri daripada mewakili Najib yang sedang disiasat berhubung kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Yusof adalah bekas Peguam Cara Negara II.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dua kali merekod keterangan Najib pada 22 dan 24 Mei lalu bagi membantu siasatan ke atas SRC International.

SRC International adalah anak syarikat 1MDB sehinggalah ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Loading...

Najib sebelum ini diwakili peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M Athimulan yang menarik diri pada 22 Mei lalu.

Sementara itu, Datin Seri Rosmah Mansor yang dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM hari ini diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent dan K Kumaraendran.

Sumber: Berita Harian Online



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...