Peguam: Salah di sisi undang-undang tamatkan khidmat polis ketika Darurat walaupun secara persaraan

Hamid, yang akan mencecah usia 63 pada 7 Ogos, menandatangani kontrak pasca-persaraan selama dua tahun untuk menjadi Ketua Polis Negara pada 2 Mei 2019, apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڬوام: ساله د سيسي اوندڠ-اوندڠ تمتكن خدمت ڤوليس كتيك ضرورت والاوڤون سچارا ڤرسارأن

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Pelantikan Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara baharu boleh dipertikaikan kerana ia dilakukan semasa negara bawah darurat, kata dua peguam.

Abdul Shukor Ahmad berkata dalam konteks semasa, tidak ada perbezaan antara bersara wajib seorang penjawat awam pada usia 60 tahun dengan kontrak selesai.

Peguam SN Nair berkata tiada anggota atau pegawai polis, termasuk KPN, boleh letak jawatan atau bersara semasa darurat berkuatkuasa.

Beliau berkata adalah salah di sisi undang-undang untuk Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, atau sesiapa sahaja menamatkan khidmat pegawai polis walau secara persaraan, atau mana-mana orang meninggalkan polis semasa darurat berkuatkuasa.


PETALING JAYA: Pelantikan Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara baharu boleh dipertikaikan kerana ia dilakukan semasa negara bawah darurat, kata dua peguam.

Abdul Shukor Ahmad berkata dalam konteks semasa, tidak ada perbezaan antara bersara wajib seorang penjawat awam pada usia 60 tahun dengan kontrak selesai.




“Kedua-dua senario itu mengikut takrif persaraan yang luas. Ketua Polis Negara sekarang iaitu Abdul Hamid Bador patut dikekalkan sehingga darurat ditarik balik,” katanya kepada FMT.

Shukor berkata mana-mana pegawai polis, yang terkilan dengan pelantikan baharu itu, boleh memohon semakan kehakiman kepada mahkamah.

“Mari kita tengok apa kata mahkamah,” kata Shukor kepada kenyataan oleh kumpulan peguam dalam Pejuang yang berkata berkata Seksyen 15 Akta Polis tidak membenarkan pegawai polis letak jawatan atau bersara semasa darurat.

Peguam SN Nair berkata tiada anggota atau pegawai polis, termasuk KPN, boleh letak jawatan atau bersara semasa darurat berkuatkuasa.

“Undang-undang tidak kata apa-apa sama ada KPN kontrak boleh bersara,” kata Nair, yang pernah berkhidmat dengan polis.

Beliau berkata adalah salah di sisi undang-undang untuk Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, atau sesiapa sahaja menamatkan khidmat pegawai polis walau secara persaraan, atau mana-mana orang meninggalkan polis semasa darurat berkuatkuasa.

“Adalah salah di sisi undang-undang sekiranya kerajaan semasa menamatkan khidmat Hamid walau secara persaraan,” tambahnya.

Loading...

Awal hari ini, Hamzah menyerahkan surat pelantikan Acryl Sani dan beliau akan menggalas jawatan baharu itu pada 4 Mei.

Kontrak dua tahun Hamid akan tamat pada Isnin.

Hamid, yang akan mencecah usia 63 pada 7 Ogos, menandatangani kontrak pasca-persaraan selama dua tahun untuk menjadi Ketua Polis Negara pada 2 Mei 2019, apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Sumber:

WAJIB BACA:

BANDINGKAN KENYATAAN SAYA DAN NAJIB, NILAI SENDIRI SIAPA BERCAKAP BENAR



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...