Peguam: Tidak boleh halang perbahasan isu politik di Dewan Rakyat

Dari segi perundangan, tidak boleh halang apa-apa yang ingin dibincang dalam sidang parlimen kerana ia adalah gedung rakyat dan rakyat bercakap melalui anggota parlimen mereka. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڬوام: تيدق بوليه هالڠ ڤربهاسن ايسو ڤوليتيك د ديوان رعيت

Anggota parlimen tidak boleh dihalang daripada berbahas isu politik semasa bersidang dalam Dewan Rakyat.

Menurut peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, anggota parlimen tidak boleh diminta mengunci mulut bagi mempersoalkan urusan politik negara termasuk mengenai keabsahan kerajaan.

Rafique berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemerhati politik, Azmi Hassan, yang berkata pembukaan sidangan parlimen akan menjadi masalah sekiranya wakil rakyat menggunakannya untuk menekan kerajaan yang didakwa sudah hilang majoriti.

Malah Azmi berpendapat anggota parlimen wajar mengemukakan aku janji untuk tidak membahas soal isu keabsahan kerajaan Perikatan Nasional yang dipertikaikan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin hilangan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Menurut Rafique, tindakan itu seakan menyekat hak kebebasan bersuara setiap anggota parlimen. 


PETALING JAYA: Anggota parlimen tidak boleh dihalang daripada berbahas isu politik semasa bersidang dalam Dewan Rakyat.

Menurut peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, anggota parlimen tidak boleh diminta mengunci mulut bagi mempersoalkan urusan politik negara termasuk mengenai keabsahan kerajaan.




“Dari segi perundangan, tidak boleh halang apa-apa yang ingin dibincang dalam sidang parlimen kerana ia adalah gedung rakyat dan rakyat bercakap melalui anggota parlimen mereka.

“Jadi kalau ada isu (termasuk) tentang keabsahan atau kekurangan majoriti ahli parlimen dalam kerajaan, perlu dibahas dalam sidang Dewan Rakyat,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini .

Rafique berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemerhati politik, Azmi Hassan, yang berkata pembukaan sidangan parlimen akan menjadi masalah sekiranya wakil rakyat menggunakannya untuk menekan kerajaan yang didakwa sudah hilang majoriti.

Malah Azmi berpendapat anggota parlimen wajar mengemukakan aku janji untuk tidak membahas soal isu keabsahan kerajaan Perikatan Nasional yang dipertikaikan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin hilangan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Menurut Rafique, tindakan itu seakan menyekat hak kebebasan bersuara setiap anggota parlimen.

“Untuk memberi pandangan seperti surat aku janji itu adalah satu tanggapan salah dari segi undang-undang.

“Apabila timbul isu keabsahan, perkara itu perlu diputuskan dalam parlimen terlebih dahulu sebab dari segi perundangan, perdana menteri mesti kekalkan majoritinya dan boleh diuji keabsahannya (dalam sidang Dewan Rakyat).

Loading...

“[…] Bukankah ia juga bertentangan dengan hak bersuara? Macam mana mereka nak berbahas jika ia dihadkan dengan surat perjanjian. Tidak adillah,” jelasnya lagi.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...