Peguam: Tubuh pasukan petugas khas bertujuan tuding jari terhadap Mahathir

Kabinet akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berkenaan isu pulau tersebut yang dipengerusikan oleh Mohamad Apandi. Sumber (gambar): TTF

ڤڬوام: توبوه ڤاسوكن ڤتوڬس خاص برتوجوان توديڠ جاري ترهادڤ محضير

Penubuhan sebuah pasukan petugas khas isu Pulau Batu Puteh tidak dilihat untuk tujuan semakan semula undang-undang sebaliknya mempunyai tujuan untuk terus menyalahkan dan menuding jari ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengamal undang-undang, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, perkara itu dilihat menerusi pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai ketua pasukan khas dan sekali gus  menimbulkan kepentingan konflik serta melanggar prinsip undang-undang.

Mohamad Apandi pernah dilaporkan berkata Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Dr Mahathir membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.

Bekas Peguam Negara itu berkata Dr Mahathir membuat keputusan itu, beberapa hari sebelum kes itu dijadualkan dibicarakan di ICJ pada 11 Jun 2018. 


PETALING JAYA: Penubuhan sebuah pasukan petugas khas isu Pulau Batu Puteh tidak dilihat untuk tujuan semakan semula undang-undang sebaliknya mempunyai tujuan untuk terus menyalahkan dan menuding jari ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengamal undang-undang, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, perkara itu dilihat menerusi pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai ketua pasukan khas dan sekali gus  menimbulkan kepentingan konflik serta melanggar prinsip undang-undang.




“Malah kewujudan pasukan khas ini mencermin kerajaan seolah-olah tidak menghormati badan mahkamah ekoran terdapatnya satu saman oleh satu pihak yang tidak puas hati terhadap keputusan penarikan semakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Oleh itu, pelantikan Mohamed Apandi perlu ditarik atau beliau sendiri meletakkan jawatan kerana kedudukanya melanggar kepentingan umum ekoran tujuan penubuhan pasukan ini demi menjaga kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA: KHAIRY PERLU MINTA MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Sebelum ini, Mohamed Apandi mendakwa mempunyai bukti fakta dan asas kukuh bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Malaysia dan beliau kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kepulauan itu pada 2018.

Terdahulu Kabinet akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berkenaan isu pulau tersebut yang dipengerusikan oleh Mohamad Apandi.

Mohamad Apandi pernah dilaporkan berkata Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Dr Mahathir membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.

Bekas Peguam Negara itu berkata Dr Mahathir membuat keputusan itu, beberapa hari sebelum kes itu dijadualkan dibicarakan di ICJ pada 11 Jun 2018.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...