Peguam: Zahid Md Arip ada kepentingan, cuba selamatkan diri dengan keterangan meragukan

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang suapan RM3 juta yang diberikan bekas Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak adalah untuk Muhammad Zahid serta kuncu-kuncunya, dan bukannya untuk Isa. Sumber (gambar): Bernama

ڤڬوام: زاهيد مد اريڤ اد كڤنتيڠن، چوبا سلامتكن ديري دڠن كتراڠن مراڬوكن

Muhammad Zahid Md Arip merupakan seorang berkepentingan yang mana beliau mempunyai motif atau alasan untuk memberikan keterangan yang mengenakan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semata-mata untuk menyelamatkan diri beliau.

Demikian menurut peguam yang mewakili Mohd Isa, Datuk Salehuddin Saidin, yang berkata Muhammad Zahid juga memberi keterangan berbeza dan meragukan.

Mohd Isa, 71, didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan, iaitu ahli lembaga GAPSB, menerusi individu bernama Muhammad Zahid Md Arip, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB bagi RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.


KUALA LUMPUR: Muhammad Zahid Md Arip merupakan seorang berkepentingan yang mana beliau mempunyai motif atau alasan untuk memberikan keterangan yang mengenakan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semata-mata untuk menyelamatkan diri beliau.

Demikian menurut peguam yang mewakili Mohd Isa, Datuk Salehuddin Saidin, yang berkata Muhammad Zahid juga memberi keterangan berbeza dan meragukan.




“Muhammad Zahid juga memberi keterangan berbeza, iaitu melibatkan tarikh dan penglibatan yang bercanggah. Keterangan (penyataan saksi) itu amat meragukan dan keterangannya juga di ‘bold’ kan (tebal) seolah-olah sengaja dilakukan oleh saksi itu untuk menekan serta memperbesarkan lagi fakta, bahawa tertuduh yang telah meminta dan menerima wang tersebut,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berhujah, keterangan beberapa saksi pembelaan di dalam kes itu tidak boleh dipercayai.

“Keterangan Zuraida (Zuraida Ariffin @ Shaari bekas setiausaha Mohd Isa) seperti diajar untuk memberi keterangan yang memihak kepada tertuduh (Mohd Isa). Dia juga memberi keterangan bercanggah tentang kedudukan sebenar bilik beliau dan bilik tertuduh,” katanya.

Afzainizam juga berhujah keterangan Zuraida menunjukkan bahawa Muhammad Zahid sebenarnya bebas untuk masuk ke dalam bilik Mohd Isa dan dia tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa, serta kehadiran SP21 itu ke dalam bilik tertuduh juga tidak direkodkan oleh Zuraida.

“Keterangan Zuraida menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai rekod sepenuhnya, tentang pihak-pihak yang memasuki bilik tertuduh sepanjang beliau bertugas sebagai setiausaha peribadi kepada Mohd Isa dari tahun 2011 sehingga 2017.

“Keterangan saksi ini sendiri mencukupi untuk menunjukkan bahawa Muhammad Zahid mendapat akses yang senang ke dalam bilik tertuduh. Keterangan ini menunjukkan betapa benarnya keterangan Muhammad Zahid semasa kes pendakwaan di mana beliau menyatakan wang yang beliau terima daripada Ikhwan akan serahkan di bilik Tan Sri dan beliau akan terus masuk ke dalam bilik Tan Sri semasa tertuduh berada di pejabat,” katanya.

Afzainizam berkata berdasarkan kenyataan Zuraida, saksi itu juga menyatakan dia hanya boleh lihat setakat pintu (bilik Mohd Isa) sahaja dan dia juga mengaku bahawa dia tidak nampak apa yang berlaku di dalam bilik tersebut.

Loading...

“Keterangan ini jelas menunjukkan tindakan Muhammad Zahid menyerahkan wang kepada tertuduh tidak mungkin dapat dilihat oleh Zuraida,” katanya.

Mohd Isa, 71, didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan, iaitu ahli lembaga GAPSB, menerusi individu bernama Muhammad Zahid Md Arip, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB bagi RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Setiap pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang suapan RM3 juta yang diberikan bekas Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak adalah untuk Muhammad Zahid serta kuncu-kuncunya, dan bukannya untuk Isa.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...