
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤايڤوان زاهيد، ڤواد ذكرشي تربوڠكر
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Dakwaan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO Datuk Puad Zakarshi kononnya parti itu menetapkan untuk ‘bercerai’ dengan kerajaan pada 1hb Ogos 2021 adalah tidak benar.
Ini kerana Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) yang berlangsung dari 26 hingga 28hb Mac 2021 hanya menetapkan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Walaupun para perwakilan memutuskan sebulat suara bahawa PRU15 mesti diadakan dalam satu tempoh tertentu dari 1hb Ogos 2021 selepas darurat tamat atau satu tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan awal, tempoh dan tarikh tersebut tidak pernah ditetapkan.
Sebaliknya, para perwakilan melepaskan terus tugas untuk membuat penetapan itu kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang kemudiannya bersidang pada 25hb April 2021.
Namun, mesyuarat tersebut tidak membuat sebarang ketetapan berhubung tempoh atau tarikh UMNO akan menarik sokongannya terhadap kerajaan, sekaligus bermakna belum ada sebarang keputusan atau ketetapan berhubung perkara ini.
Justeru, kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa UMNO hanya memutuskan untuk tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU15 adalah tepat.
Tetapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak ingin akar umbi UMNO menyedari perkara ini dan menimbulkan persepsi palsu kononnya UMNO menetapkan untuk ‘bercerai’ dengan kerajaan pada 1hb Ogos 2021.
Zahid tidak ingin akar umbi sedar bahawa beliau dan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sekali-kali akan tarik sokongan terhadap kerajaan selagi ada kemungkinan mereka boleh berunding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Puad Zakarshi berpuak dengan Zahid dan Najib dan sudah pasti akan memainkan persepsi palsu ini.
Pda 22hb Jun 2021, saya menulis:
Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir pada 28hb Mac 2021 menuntut supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan selepas satu tempoh setelah darurat tamat sama ada pada 1hb Ogos atau tarikh sebelumnya.
Itu pun, keputusan akhir berhubung perkara ini dilepaskan terus kepada MKT UMNO, yang seterusnya gagal membuat sebarang penetapan berhubung tarikh UMNO akan menarik sokongan kepada kerajaan.
Ini berdasarkan satu kenyataan rasmi bertarikh 25hb April 2021 yang dikeluarkan oleh UMNO berhubung keputusan rasmi yang dicapai oleh MKT, dan kenyataan ini ditandatangani oleh mantan setiausaha parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan.
WAJIB BACA:

