AMPANG: Sekumpulan pegawai polis dikhabarkan telah melawat pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Jalan Pandan Utama hari ini dan sedang membuat siasatan pada masa laporan ini dikeluarkan.
Menurut pengerusi Gagasan Tiga (G3), Raggie Jessy, yang pada ketika itu sedang mempengerusikan satu mesyuarat kecil, lokasi pejabat Dato’ Azwaddin Hamzah disiasat dan disita, disyaki bersangkut dengan konvensyen dan siding media Gagasan Tiga (G3) yang dilangsungkan Rabu lepas, 2hb November 2018.
Setakat ini, satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Dato’ Azwanddin.
TTF diberitahu bahawa Raggie Jessy berserta timbalannya, Amran Ahmad Nor, turut akan dipanggil bagi memberi keterangan.
Raggie memberitahu bahawa salah seorang daripada pegawai penyiasat yang menemuinya bertanya sekiranya beliau boleh memberi keterangan hari ini.
Menurut Raggie, dia masih belum sempat duduk dan berbual dengan pegawai penyiasat tersebut kerana pegawai tersebut sedang dalam proses menjalankan siasatan di pejabat JMM.
“Ini adalah satu bentuk penaniayaan kepada JMM dan juga Dato’ Azwanddin.
“Kami tidak akan berganjak, malah insiden ini akan memarakkan lagi perjuangan G3 menentang Bangsa DAP,” katanya.
BERITA SELANJUTNYA AKAN MENYUSUL SEBENTAR LAGI
