
“Tindakan PMO ‘mengingatkan’ Yang Di-Pertuan Agong bahawa segala nasihat Perdana Menteri perlu dituruti bukan hanya mencabar kuasa Seri Paduka Baginda Tuanku, ianya merupakan satu tafsiran palsu Perlembagaan Persekutuan dan penghinaan yang termat besar kepada institusi Di Raja yang tidak harus dimaafkan. Kami berharap Yang Di-Pertuan Agong tidak membenarkan penghinaan ini berterusan dan membatalkan terus Ordinan-Ordinan yang sedia sebelum memasyurkan Ordinan baharu bagi memindahkan kuasa tadbir urus negara kepada Majlis Pemulihan Negara”
Raggie Jessy Rithaudeen; Khairuddin Abu Hassan
ڤجابت ڤردان منتري ملمڤاوءي باتس اڤابيلا منچابر دان مڠهينا اڬوڠ
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional telah menghina Institusi Diraja apabila mendakwa tindakan kerajaan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat tanpa perkenan Yang Di-Pertuan Agong adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta perlembagaan negara.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO), kerajaan sudah menasihatkan yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan ordinan darurat sebelum sidang khas parlimen pada 26 Julai lalu.
Namun, apa yang gagal diteliti oleh PMO ialah hakikat, bahawa sebarang nasihat yang diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong perlu diperkenan terlebih dahulu oleh Seri Paduka Bagnda Tuanku dalam satu notis bertandatangan dan seterusnya diwartakan oleh pihak yang diamanatkan dengan kuasa eksekutif dalam tempoh Darurat sebelum ianya boleh dikuat kuasakan dan diumumkan oleh pihak berkenaan.
BACA JUGA: MUHYIDDIN PERLU SEGERA LETAK JAWATAN
Menurut PMO, Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Agong perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.
Ini tidak benar, kerana:
1. Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan secara jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri kecuali sebagai mana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan.
2. Perkara 150 pula menetapkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan proklamasi darurat jika Seri Paduka Baginda Tuanku ‘berpuas hati’ bahawa berlaku Darurat besar melibatkan salah satu atau kesemua ancaman yang disenaraikan dalam Perkara itu.
Jika bahagian-bahagian yang dihitamkan dalam Perkara 150 (hujah 1) dan perkara 40 (hujah 2) dibaca bersama, jelas bahawa Yang Di-Pertuan Agong memiliki kuasa prerogatif untuk mengisytiharkan Darurat tanpa perlu mematuhi nasihat Perdana Menteri.
Sepertimana yang dimaklumkan oleh Mohamed Haniff Khatir Abdulla, kewujudan kuasa prerogatif ini terbukti apabila Yang Di-Pertuan Agong tidak menerima nasihat Perdana Menteri pada 23hb Oktober 2020 untuk mengisytiharkan Darurat dan seterusnya menolak nasihat itu pada 25hb Oktober 2021.
Jika benar dakwaan PMO bahawa Perlembagaan Persekutuan memerlukan Agong untuk sentiasa menerima dan bertindak mengikut nasihat jemaah menteri, kenapakah penolakan nasihat Perdana Menteri pada 25hb Oktober 2021 tidak dirujuk ke Mahkamah?
Memandangkan pengisytiharan Darurat memerlukan Yang Di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa keadaan Darurat wujud atau hampir wujud, tempoh Darurat itu sendiri dan undang-undang yang diguna pakai dalam tempoh itu tertakluk kepada budi bicara Seri Paduka Baginda Tuanku.
Kuasa budi bicara ini dibolehkan menerusi Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan dalam tempoh Darurat sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.
Jika diteliti, Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 11hb januari 2021 tidak mempunyai sebarang peruntukkan yang berbunyi, “kuasa Yang Di-Pertuan Agong tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.”
Manakala itu, tidak ada peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan yang membawa maksud Yang Di-Pertuan Agong perlu mendengar nasihat Perdana Menteri dan menuruti nasihat itu dalam tempoh Darurat.
Ini bermakna, Yang Di-Pertuan Agong turut mempunyai kuasa untuk membatalkan mana-mana Ordinan yang telah dimasyurkan sebelum ini tanpa nasihat Perdana Menteri dan memasyurkan Ordinan baharu mengikut budi bicara Seri Paduka Baginda Tuanku.
Tindakan PMO ‘mengingatkan’ Yang Di-Pertuan Agong bahawa segala nasihat Perdana Menteri perlu dituruti bukan hanya mencabar kuasa Seri Paduka Baginda Tuanku, ianya merupakan satu tafsiran palsu Perlembagaan Persekutuan dan penghinaan yang termat besar kepada institusi Di Raja yang tidak harus dimaafkan.
Kami berharap Yang Di-Pertuan Agong tidak membenarkan penghinaan ini berterusan dan membatalkan terus Ordinan-Ordinan yang sedia ada sebelum memasyurkan Ordinan baharu bagi memindahkan kuasa tadbir urus negara kepada Majlis Pemulihan Negara.
Majlis ini tidak seharusnya diterajui oleh mana-mana pemimpin kerajaan yang sedia ada kerana pemimpin-pemimpin ini terbukti gagal mentadbir urus negara dan terus menerus mencalar maruah isntitusi Di-Raja sambil mencabar kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Yang Di-Pertuan Agong tanpa segan dan silu.
WAJIB BACA:
