
Sallehudin Amiruddin
1. Saya berada di Hotel Sheraton dan dimaklumkan bahawa ada Statutory Declaration (Surat Akin Bersumpah) yang dikumpul tanpa pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
2. (Saya diberitahu), mereka akan tubuhkan kerajaan baru bernama Perikatan Nasional.
3. Dua calon Perdana Menteri (yang dinamakan ialah) Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
4. Tun Mahathir tolak kerana untuk dia menjadi Perdana Menteri Perikatan Nasional, ia akan disokong oleh UMNO secara en-bloc.
5. Jika dia ketepikan prinsip dan maruahnya Tun Mahathir sudah jadi PM8 sehingga hari ini.
6. (Justeru, adalah) dangkal dan tak masuk akal (untuk) Azmin (ber)kata idea tubuh PN (adalah) untuk Tun Mahathir jadi PM,
7. Yang bercita-cita besar untuk jadi PM adalah Azmin.
8. Ini terbukti apabila krisis MB Selangor 2014, dia sendiri menghantar namanya sebagai calon MB Selangor melalui pintu belakang.
9. Sekali lagi terbukti (bahawa) dia juga menghantar namanya sebagai MB Selangor sejurus PH diistihar menang di Selangor tanpa berunding dengan komponen PH Negeri.
10. Sekali lagi melalui pintu belakang Azmin (me)minta Tun Mahathir (untuk) lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri PH.
11. Tun Mahathir (bagaimanapun) tolak (permintaan Azmin) kerana Jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dijanjikan kepada Wan Azizah.
12. Azmin ini ahli politik yang penuh dengan nafsu serakah untuk berkuasa.
13. Di dalam kerajaan PN sekarang sudah tentu jawatan Timbalan Presiden akan diberikan kepada Zahid Hamidi.
14. Kenyataan Azmin hari ini berniat jahat untuk berusaha menghalang Muhyiddin melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
15. Dengan keadaan kesihatan Muhyiddin sekarang sudah tentu cita-citanya untuk jadi PM akan tercapai
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
