PEJUANG KEKAL BERPRINSIP UNTUK TIDAK BERTANDING DI PRN MELAKA, KDYMM AGONG HARUS ISYTIHAR DARURAT

Khairuddin Abu Hassan

ڤجوڠ ككال برڤرينسيڤ اونتوق تيدق برتنديڠ د ڤرن ملاك، اڬوڠ هاروس اشتهار ضرورت

Keseluruhan rakyat Melaka harus memprotes PRN Melaka yang kemungkinan berlaku disebabkan oleh kerakusan pemimpin-pemimpin serta parti-parti politik berebut kuasa kearah memberi risiko tinggi kepada keselamatan rakyat.

Di saat ini pada realitinya pilihanraya  boleh memudaratkan nyawa rakyat jelata.




Kita semua jangan lupa sejarah PRN Sabah yang telah menjadi pemangkinan kepada jangkitan Covid-19 secara besar-besaran dan meragut nyawa ribuan rakyat.

PRN Melaka berkemungkinan besar akan mengulangi sejarah hitam penularan secara besar-besaran jangkitan maut Covid-19 yang melanda negara natijah daripada PRN Sabah.

Dalam masa yang sama kita merafak sembah dan merayu kepada KDYMM Tuanku Agong untuk mengisytiharkan proklamasi darurat di negeri Melaka dan menghentikan PRN Melaka.

Orang-orang politik yang rakus kuasa  serta berebut kuasa sudah hilang kewarasan pada hari ini.

Mereka tidak fikirkan langsung tentang keselamatan rakyat jelata tetapi letak kepentingan agenda rakus politik di atas segalanya.

Sebab itulah parti PEJUANG dipuji oleh keseluruhan rakyat kerana meletakkan kepentingan nyawa rakyat di atas kepentingan agenda politik.

Parti PEJUANG mengambil pendirian tegas untuk tidak mahu membabitkan dengan mana-mana agenda untuk menjatuhkan kerajaan samada di peringkat persekutuan ataupun negeri kerana akhirnya akan menyusahkan rakyat di tanahair kita.

Loading...

Pemimpin-pemimpin parti PEJUANG tetap berpegang kepada prinsip meletakkan kepentingan bangsa dan negara melebihi agenda politik.

Sesiapa saja yang mengambil bahagian dalam PRN Melaka harus dihukum oleh keseluruhan rakyat pada PRU15.

Keseluruhan rakyat jelata mesti menolak semua pemimpin-pemimpin politik yang rakus kuasa.

Yakinilah bahawasanya hanya parti PEJUANG yang amat ikhlas untuk memelihara keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Masa belum sesuai untuk kita melalui proses pilihanraya buat masa ini kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku khususnya terdedah kepada risiko jangkitan berskala besar Covid-19 semula di negara kita.

Pemimpin-pemimpin politik yang rakus kuasa harus insaf dan sedar akan implikasi PRN Sabah pada suatu masa dahulu yang telah memudaratkan kita semua secara amat teruk sehingga hari ini.

WAJIB BACA:

Khairy dicabar debat kenyataan bongkak ‘kita akan susahkan hidup anda’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...