PEJUANG: Kenyataan Rais Yatim hina proses demokrasi Parlimen

Rais berkata, terdapat pelbagai kekangan untuk melaksanakan dasar Undi 18, walaupun selepas Dewan Rakyat meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤجوڠ: كڽاتأن رايس يتيم هينا ڤروسيس ديموكراسي ڤرليمين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Kenyataan Presiden Dewan Negara Rais Yatim yang menyebut Undi 18 sebagai tidak praktikal untuk dilaksanakan sekarang disifatkan barisan penaja kepimpinan muda Pejuang sebagai menghina proses demokrasi Parlimen.

“Sungguhpun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu telah sempurna diluluskan di Parlimen, kenyataan YDP Dewan Negara itu, bukan sahaja tidak menghormati lunas perlembagaan malah memperkecilkan kemampuan anak-anak muda dalam membuat pilihan dalam pilihan raya.

Terdahulu Rais berkata, terdapat pelbagai kekangan untuk melaksanakan dasar Undi 18, walaupun selepas Dewan Rakyat meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Beliau berkata, negara masih tidak bersedia untuk membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu, memandangkan proses untuk mendapatkan senarai bakal pengundi berusia 18 tahun turut memakan masa lama.


PETALING JAYA: Kenyataan Presiden Dewan Negara Rais Yatim yang menyebut Undi 18 sebagai tidak praktikal untuk dilaksanakan sekarang disifatkan barisan penaja kepimpinan muda Pejuang sebagai menghina proses demokrasi Parlimen.

“Sungguhpun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu telah sempurna diluluskan di Parlimen, kenyataan YDP Dewan Negara itu, bukan sahaja tidak menghormati lunas perlembagaan malah memperkecilkan kemampuan anak-anak muda dalam membuat pilihan dalam pilihan raya.




“Kami menolak sekeras-kerasnya kenyataan YDP Dewan Negara tersebut yang telah menghina proses demokrasi Parlimen negara dan berharap Undi 18 dapat diteruskan seperti yang telah dirancang,” kata mereka dalam kenyataan.

Barisan penaja Pejuang yang terdiri daripada Ketua Penerangan Penaja Ulya Aqamah Husamudin, Ketua Pejuang Muda Abu Hafiz Salleh Hudin, dan Ketua Pejuanita Muda Nurul Ashikin Mabahwi itu turut berkata dalam tempoh 19 bulan selepas rang undang-undang itu diluluskan, tidak mungkin senarai pengundi muda masih tidak berjaya dihasilkan.

“Alasan politik yang diberikan (Rais) tidak dapat diterima sama sekali. Bahkan, segala medium yang mungkin mengalami kesulitan boleh dicari jalan keluar agar membolehkan penyertaan anak muda diperluaskan dalam menentukan masa depan negara melalui peti undi,” kata mereka.

Mereka juga menyeru agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyatakan pendirian mereka tentang Undi 18 melalui respons terhadap kenyataan Rais.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya juga menyatakan pendirian tentang kenyataan YDP Dewan Negara itu agar rakyat secara umum dan anak-anak muda secara khusus dapat mengetahui pendirian muktamad kerajaan PN tentang kedudukan Undi 18,” kata mereka.

Undi 18 merujuk kepada usul untuk menurunkan usia layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Terdahulu Rais berkata, terdapat pelbagai kekangan untuk melaksanakan dasar Undi 18, walaupun selepas Dewan Rakyat meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Loading...

Beliau berkata, negara masih tidak bersedia untuk membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu, memandangkan proses untuk mendapatkan senarai bakal pengundi berusia 18 tahun turut memakan masa lama.

Pada 2019, Parlimen bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan rakyat berusia 18 tahun mengundi dan bertanding sebagai calon dalam pilihan raya. Undang-undang itu diwartakan secara rasmi pada September 2019.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...