
ڤجوڠ: كراجأن ڬونا نصيحت اڬوڠ سوكوڠ باجيت ماچم ءچيك كوسوڠء اونتوق كڤنتيڠن ڤوليتيك
Ahli-ahli parlimen Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) hari ini sepakat berkata, Belanjawan 2021 jelas menunjukkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat bagi kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, apa yang yang dilakukan oleh kerajaan ialah menggunakan titah Yang Di-Pertuan Agong sebagai “blank cheque” (cek kosong) untuk memasukkan beberapa aspek ke dalam belanjawan yang menjurus kepada kepentingan politik dan mengenepikan kepentingan awam.
“Untuk menyokong belanjawan tersebut, ahli-ahli parlimen Pejuang merasa mengabaikan kepentingan awam kerana belanjawan itu rata-rata bersifat populis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan hala tuju ekonomi negara.
“Untuk tidak menyokong kami akan dituduh bermain politik ketika keadaan negara terdesak akibat daripada wabak Covid-19. Selain itu, jika kami mengambil pendirian tidak menyokong, kami akan dituduh tidak taat kepada titah DYMM Yang di-Pertuan Agong.”
IPOH: Ahli-ahli parlimen Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) hari ini sepakat berkata, Belanjawan 2021 jelas menunjukkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat bagi kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, apa yang yang dilakukan oleh kerajaan ialah menggunakan titah Yang Di-Pertuan Agong sebagai “blank cheque” (cek kosong) untuk memasukkan beberapa aspek ke dalam belanjawan yang menjurus kepada kepentingan politik dan mengenepikan kepentingan awam.
“Peruntukan yang begitu besar kepada agensi propaganda Jasa salah satu simptom yang jelas meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat.
“Kerana itu, kami melihat belanjawan yang dibentang itu sebagai tidak menghayati semangat titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik,” kata Pejuang.
“Kami berharap aspek-aspek belanjawan yang digusarkan dan ditimbulkan oleh rakyat, pakarpakar ekonomi, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, penganalisa-penganalisa, pemimpinpemimpin badan bukan Kerajaan, ahli-ahli akademik dan anggota-anggota masyarakat yang lain akan dapat dinilai, diperbetul dan jika perlu dibatalkan.
“Jika ini dapat dilakukan, maka kami bersedia memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021,” kata mereka.
Mereka turut berkata, Pejuang kini berada di dalam dilema apabila diminta menyatakan pendirian terhadap Belanjawan 2021.
“Untuk menyokong belanjawan tersebut, ahli-ahli parlimen Pejuang merasa mengabaikan kepentingan awam kerana belanjawan itu rata-rata bersifat populis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan hala tuju ekonomi negara.
“Untuk tidak menyokong kami akan dituduh bermain politik ketika keadaan negara terdesak akibat daripada wabak Covid-19.
“Selain itu, jika kami mengambil pendirian tidak menyokong, kami akan dituduh tidak taat kepada titah DYMM Yang di-Pertuan Agong.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
