
ڤجوڠ: ڤليق، 220 اهلي ڤرليمين تق بوليه سيدڠ، تاڤي ڤلاجر بوليه ك سكوله
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) semalam mempertikai alasan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung keputusan menangguhkan sidang Dewan Rakyat.
Menurut Ketua Peguam PEJUANG, Mior Nor Haidir, jumlah Ahli Parlimen yang terlibat dalam persidangan hanya seramai 220 orang manakala pembukaan sekolah-sekolah dan premis-premis perniagaan telah melibatkan jutaan orang.
Menurutnya lagi, ketiadaan persidangan Parlimen sehingga ke hari ini adalah dengan jelas mencerminkan kebimbangan pihak kerajaan berkenaan kelangsungan kuasa politiknya.
Terdahulu, Takiyuddin dalam sidang media memberitahu bahawa tiada keperluan untuk Parlimen bersidang dalam tempoh darurat.
PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) semalam mempertikai alasan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung keputusan menangguhkan sidang Dewan Rakyat.
Menurut Ketua Peguam PEJUANG, Mior Nor Haidir, jumlah Ahli Parlimen yang terlibat dalam persidangan hanya seramai 220 orang manakala pembukaan sekolah-sekolah dan premis-premis perniagaan telah melibatkan jutaan orang.
Atas sebab itu, alasan ketiadaan sidang parlimen disebabkan wabak Covid-19 dianggap remeh, manakala kenyataan Takiyuddin yang menyamakan pengisytiharan darurat pada 1969 dan darurat pada 2021 dikatakan tidak tepat.
“Proklamasi darurat pada tahun 1969 dibuat atas nasihat oleh seorang Perdana Menteri yang memiliki kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada ketika itu.
“Proklamasi Darurat 1969 adalah lanjutan daripada rusuhan kaum dan bertujuan untuk menyelamatkan negara dan bukannya jawatan seseorang Perdana Menteri,” Mior berkata dalam satu kenyataan rasmi.
Menurut Mior, perintah Darurat 1969 berbeza daripada Proklamasi Darurat 2021 yang dilakukan atas nasihat seorang Perdana Menteri yang telah hilang kepercayaan Ahli-Ahli Parlimen.
Menurutnya lagi, ketiadaan persidangan Parlimen sehingga ke hari ini adalah dengan jelas mencerminkan kebimbangan pihak kerajaan berkenaan kelangsungan kuasa politiknya.
Terdahulu, Takiyuddin dalam sidang media memberitahu bahawa tiada keperluan untuk Parlimen bersidang dalam tempoh darurat.
Beliau berkata persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa dalam negara sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.
Istana Negara pada 24 Februari lalu menyatakan bahawa Parlimen boleh bersidang pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Terbongkar lagi, kali ini bagaimana Zahid tipu majoriti pemimpin UMNO
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
