Khairuddin Abu Hassan
ڤجوڠ ولايه ڤرسكوتوان تروس تومڤو كباجيكن مشاركت يڠ تركسن سبب چوۏيد-19
Parti PEJUANG Wilayah Persekutuan akan teruskan gerak kerja di peringkat akar umbi kearah menjaga kebajikan serta kesejahteraaan warga kota yang teruk terkesan dalam tempoh pandemik Covid-19.
Insyaallah agenda dan usaha ini akan dilipat-gandakan bagi menjaminkan golongan yang terkesan senantiasa dibela sehingga keadaan negara pulih secara sepenuhnya.
PEJUANG Wilayah Persekutuan akan laksanakan misi bantuan beras ke 12 kawasan-kawasan Parlimen pada hari sabtu bersamaan 9 Oktober ini.
Ibu pejabat PEJUANG Wilayah Persekutuan telah menyediakan lebih kurang 3,500 kg beras untuk diagih-agihkan di 12 kawasan-kawasan Parlimen.
Fokus perjuangan kami hanyalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat dengan mencari pelbagai kaedah bantuan bagi mengurangkan kos sara hidup warga kota yang sedang mengalami kesempitan penghidupan seharian masakini.
Biarlah kami dikenali sebagai parti berkebajikan daripada sebuah pertubuhan yang senantiasa bermain politik seterusnya menghuru-harakan lanskap politik tanahair yang bakal membebankan lagi penghidupan rakyat jelata.
Sebab itulah kepimpinan tertinggi parti PEJUANG pusat senantiasa mengingatkan kami agar menghindarkan diri dari terlibat mengganggu-gugat kestabilan politik Malaysia.
Masakini, kestabilan politik amat penting bagi membangunkan semula Malaysia baharu.
Walaupun parti PEJUANG tidak terlibat dengan memeterai MoU di antara pihak kerajaan dengan pembangkang namun pendirian kami akan terus menyokong apa saja agenda demi kepentingan bangsa dan negara.
Pemimpin-pemimpin tertinggi parti PEJUANG adalah terdiri dari kalangan yang berprinsip tinggi serta amat rasional.
Tanpa memeterai apa saja bentuk perjanjian dengan kerajaan; agenda utama parti PEJUANG adalah untuk membantu menjaga kebajikan mahupun kesejahteraan setiap rakyat tanpa mengira kaum ataupun agama.
Agenda menjaga kepentingan bangsa dan negara tetap menjadi teras utama perjuangan parti PEJUANG.
Wadah perjuangan kami untuk lawan rasuah secara habis-habisan seterusnya menjaminkan kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia akan tetap dipikul secara terbaik dan teramanah mungkin.
Mana-mana agenda untuk berebut kuasa serta tindakan yang boleh mengganggu-gugat kesejahteraan penghidupan seharian rakyat tidak akan disokong oleh kami semua.
WAJIB BACA:
