Pelakon utama filem Mahathir, The Journey lebih mirip Najib dari Mahathir

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya bersetuju dengan pandangan Marina Mahathir bahawa filem Mahathir, The Journey, memalukan dan tidak harus diterbitkan.




Malah, saya amat hairan bagaimana penerbit filem tersebut, Reliance Media Group Sdn Bhd, boleh menampilkan pelakon Azhar Amir sebagai Mahathir sedangkan Azhar dilihat lebih memiliki ciri-ciri Dato’ Seri Najib Tun Razak dari segi penampilan poster dan raut wajah.

Pada mulanya, setelah merujuk kepada satu dua pihak, saya memutuskan tidak ingin mengetengahkan pandangan saya ini.

Tetapi setelah bertanya kepada lebih ramai individu samada mereka turut berkongsi pandangan saya, saya terpanggil untuk mengajukan kepada Reliance soalan berikut:

“What the hell were you thinking?”

Bayangkan, penonton akan masuk ke pawagam dengan harapan melihat sebuah filem yang menceritakan liku-liku hidup dan politik Mahathir, tetapi disajikan pula dengan lakonan seorang individu yang lebih mirip Najib dari Mahathir, digandingkan bersama seorang lagi pelakon mirip Tun Dr Siti Hasmah Ali.

Bagi saya, filem ini tidak harus diluluskan, malah, mesej saya kepada tuan penerbit, Yusuf Kelana, ialah seperti berikut:

“You should have let me handle casting, I’m sure I’d have done a helluva better job.”

Loading...

Ya, casting Yusuf memang amat memalukan dan menimbulkan persoalan bagaimana kakitangan Pejabat Perdana Menteri (PMO) boleh terlepas pandang perkara ini.

Salam GBN.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...