Pelan Pemulihan Negara: Inilah caranya Muhyiddin perdaya rakyat 

“Jika benar Muhyiddin ingin mengubah objektif utama Pelan Pemulihan Negara, kenapa tidak libatkan sekali “pengurangan dalam jumlah kematian harian” sebagai salah satu daripada nilai ambang yang perlu dicapai? Bagaimanakah kerajaan boleh mengaku berjaya menangani wabak Covid-19 sedangkan jumlah pesakit yang mati disebabkan penyakit ini makin meningkat?”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤلن ڤموليهن نڬارا: اينله چاراڽ محي الدين ڤرداي رعيت

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Dulu, kita diberitahu bahawa objektif paling utama Pelan Pemulihan Negara adalah untuk mengurangkan jumlah kes harian Covid-19 dan kesesakan di hospital dan ICU menerusi penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial.

Kini, disebabkan kerajaan gagal mencapai kedua-dua objektif berkenaan, kita tiba-tiba diberitahu bahawa objektif paling utama Pelan Pemulihan Negara adalah untuk mengurangkan jumlah kes serius Covid-19 dan bukannya jumlah kes harian.




Ini bermakna, jika jumlah kes harian Covid-19 makin meningkat dan semua hospital dan ICU masih sesak, kerajaan masih dianggap berjaya menangani wabak Covid-19 asalkan jumlah kes serius menunjukkan penurunan.

Nampak?

Fahamkah anda sekarang bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang cuba mengelirukan dan memperdaya rakyat agar kegagalan kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 dapat diubah kepada kejayaan?

Banyak hospital kerajaan di seluruh negara mengalami kesesakan kritikal, manakala jumlah kematian harian disebabkan Covid-19 makin meningkat.

Tetapi Muhyiddin tidak merujuk kepada perkara ini, dan sebaliknya, memberi tumpuan khusus kepada “pengurangan kes serius Covid-19” sebagai bukti kerajaan ‘berjaya’ menangani penularan wabak Covid-19.

Jika benar Muhyiddin ingin mengubah objektif utama Pelan Pemulihan Negara, kenapa tidak libatkan sekali “pengurangan dalam jumlah kematian harian” sebagai salah satu daripada nilai ambang yang perlu dicapai?

Bagaimanakah kerajaan boleh mengaku berjaya menangani wabak Covid-19 sedangkan jumlah pesakit yang mati disebabkan penyakit ini makin meningkat?

Loading...

Logiknya, jika sektor ekonomi ditutup penuh pada 1hb Jun 2021 seperti yang dijanjikan oleh Muhyiddin sendiri, jumlah kes harian sudah pasti berada pada tahap satu digit hari ini, sekaligus melegakan semua hospital kerajaan daripada kesesakan dan mengurangkan purata kes serius harian dan kadar kematian ke tahap hampir sifar.

Apakah Muhyiddin tidak sedar akan perkara ini?

WAJIB BACA:

Muhyiddin hendak letak jawatan tapi didesak tunggu oleh kuncu rapatnya



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...