“Saya berharap kempen ini akan disokong oleh seluruh rakyat Malaysia dan akan memperincikan dengan lebih lanjut cara-cara memerangi LSI ini menerusi sidang live 10.30 malam hari ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI)”
Raggie Jessy Rithaudeen
Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memerangi Laskar Siber (LSI) upahan di media sosial dengan menyertai kempen “Malaysia Aman Tanpa Laskar Siber Tajaan.”
Kempen ini bertujuan memerangi puak-puak rasis berkepentingan yang kebelakangan ini membanjiri media sosial dan menyerang sesiapa sahaja yang menyokong musuh penaja mereka dengan kata-kata hina dan kesat.
Kelakuan LSI ini makin hari makin meruntuhkan moral rakyat Malaysia secara amnya dan nilai peradaban Islam di kalangan masyarakat Melayu-Islam yang dewasa ini terdorong untuk mengikuti jejak langkah mereka.
Perkara ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi memandangkan LSI ini ada yang ditaja oleh pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dari parti-parti politik yang kononnya memperjuangkan “penyatuan ummah.”
Untuk tujuan kempen ini, saya ingin melancarkan dua hashtag yang saya harap akan ditularkan agar semua lapisan masyarakat akan menggunakannya bagi tujuan memerangi puak LSI tajaan, iaitu:
- #KamiTolakLaskarSiber
- #LaskarSiberDikesan
Kedua-dua hashtag ini boleh digunakan untuk menjawab kata-kata hina, kesat atau hujah-hujah mengarut oleh sesiapa sekalipun di media sosial tanpa perlu kita berhujah apa-apa atau membalas dengan kata-kata kesat.
Saya berharap kempen ini akan disokong oleh seluruh rakyat Malaysia dan akan memperincikan dengan lebih lanjut cara-cara memerangi LSI ini menerusi sidang live 10.30 malam hari ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI).
Sekian.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
