
ڤلنتيكن نورول اززه اياله نيڤوتيسمى، حمزه بريتاهو انور
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Pembangkang menolak penjelasan perdana menteri yang mempertahankan lantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanannya untuk hal ehwal ekonomi dan kewangan.
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin juga menolak penjelasan Anwar Ibrahim bahawa lantikan anaknya itu tidak melibatkan sebarang bayaran.
“Pro bono (tiada bayaran) bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme.
“Amalan nepotisme oleh Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.
Pembangkang menolak penjelasan perdana menteri yang mempertahankan lantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanannya untuk hal ehwal ekonomi dan kewangan.
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin juga menolak penjelasan Anwar Ibrahim bahawa lantikan anaknya itu tidak melibatkan sebarang bayaran.
“Pro bono (tiada bayaran) bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme,” kata pemimpin kanan Bersatu itu.
Dalam kenyataan hari ini, Hamzah juga berkata lantikan itu tidak diperlukan.
Ini memandangkan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Mohd Hassan Marican sudah pun bertindak sebagai ketua penasihat ekonomi di Kementerian Kewangan.
“Amalan nepotisme oleh Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.
“Pelantikan ini bukan sahaja tidak wajar, salah, serta merosakkan imej kerajaan, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah,” katanya.
Pembangkan justeru menggesa kerajaan menarik balik lantikan itu.
“Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.
Sumber:
