Pelantikan PM11 kuasa budi bicara mutlak Agong, mungkin di luar dugaan – berhenti teka

“… kerajaan yang tertubuh bukannya “kerajaan mandat rakyat” sepertimana yang kerap diwar-warkan, tetapi “kerajaan mandat Yang Di-Pertuan Agong” yang menepati peruntukan Perlembagaan Persekutuan.” UNTUK PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

Pelantikan mana-mana ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu merupakan kuasa budi bicara mutlak Yang Di-Pertuan Agong, berdasarkan peruntukan Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan, antara lain.

Sekalipun Surat Akuan Bersumpah yang disampaikan kepada Istana Negara dalam jumlah yang mencukupi, nama individu yang akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri mungkin berbeza daripada nama yang tertera dalam surat-surat berkenaan.




Perkara ini terjadi selepas Pilihan Raya Umum ke-15, di mana tidak ada mana-mana parti atau gabungan memenangi majoriti mudah di Dewan Rakyat.

Disebabkan itu, Yang Di-Pertuan Agong memilih untuk melantik ahli Dewan Rakyat yang mengetuai gabungan dengan jumlah kerusi terbanyak sebagai Perdana Menteri.

Perkara ini terjadi meskipun pemimpin sebuah lagi parti berjaya mengumpulkan Surat Akuan Bersumpah dalam jumlah yang mencukupi untuk melayakkan dirinya untuk dipertimbangkan sebagai Perdana Menteri.

Akibatnya, kerajaan yang tertubuh bukannya “kerajaan mandat rakyat” sepertimana yang kerap diwar-warkan, tetapi “kerajaan mandat Yang Di-Pertuan Agong” yang menepati peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Jika berlaku perubahan selepas ini, selagi tidak melibatkan pilihan raya umum, retorika kononnya “mandat rakyat dikhianati” mengarut.

Mungkin kali ini, Yang Di-Pertuan Agong akan menurut nama yang terkandung dalam Surat Akuan Bersumpah yang disampaikan, atau sekali lagi…

BERSAMBUNG MENERUSI VIDEO INI (KLIK DI SINI)

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...