
“Lazimnya, apabila berlaku krisis melibatkan UMNO di mana-mana negeri, presiden parti akan turun ke negeri berkenaan untuk meleraikan krisis tersebut, khususnya, jika krisis tersebut berpotensi menyebabkan UMNO hilang kuasa”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤليق بيلا زاهيد اڠڬن تورون ك ملاك برونديڠ دڠن سموا ادون امنو
Berita Harian memetik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundor Datuk Nor Azman Hassan sebagai berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) begitu ‘terdesak’ untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) di Melaka.
Menurut Azman, beliau dan tiga lagi ADUN sebenarnya menolak untuk PRN kerana bimbang dengan pandemik COVID-19 walaupun mereka menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata, PRN Melaka boleh dielakkan jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan, sebaliknya menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pemimpin selain dari UMNO.
“Kami berempat memang tidak mahu PRN Melaka diadakan kerana pandemik COVID-19 masih bermaharajalela dan mengancam nyawa kita.
“Bagaimanapun, UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang kemaruk ingin mengadakan PRN sedangkan ia boleh dielakkan jika DUN tidak dibubarkan dan pentadbiran negeri diserahkan kepada pemimpin lain, selain UMNO dan BN,” katanya kepada BH, hari ini.
Kenyataan Nor Azman mengesahkan dakwaan TTF selama ini bahawa kepimpinan UMNO terdesak adakan PRN Melaka.
BACA: INI MUNGKIN SEBABNYA ZAHID TIDAK BERUNDING DENGAN SEMUA ADUN UMNO MELAKA
Lazimnya, apabila berlaku krisis melibatkan UMNO di mana-mana negeri, presiden parti akan turun ke negeri berkenaan untuk meleraikan krisis tersebut, khususnya, jika krisis tersebut berpotensi menyebabkan UMNO hilang kuasa.
Ini tidak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus mencadangkan PRN di Melaka sebaik selepas Datuk Seri Idris Haron dan Nor Azman mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman Md Ali.
Sebelum ini, saya menulis:
Jika UMNO menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP sebelum Pilhan Raya Negeri Melaka, keberkesanan dan kemampuan bersama jentera Pilihan Raya mereka yang agak kuat sudah pasti bertambah berlipat kali ganda.
Kerjasama ini boleh dilakukan secara senyap, di mana Barisan Nasional dan Pakatan Harapan cuba mengelak daripada bertembung di banyak kerusi dan menumpukan sepenuhnya kekuatan masing-masing terhadap usaha melumpuhkan calon-calon kuasa ketiga.
Persoalannya, adakah langkah ini dapat mengukuhkan lagi UMNO, DAP dan PKR di Melaka dan menengelamkan terus Perikatan Nasional?
Inilah yang Kluster Mahkamah ingin ketahui, dan memandangkan perpecahan dalam UMNO Melaka tidak dapat diubati, Pilhan Raya Negeri merupakan langkah yang difikirkan perlu untuk menguji keberkesanan kerjasama antara UMNO, DAP dan PKR sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
Bersambung…
WAJIB TONTON:
