
ڤليق، سلڤس چادڠ كو لي سباڬاي چالون ڤردان منتري، ڤاس كيني تودوهڽ ڬيلا جاوتن ڤريسيدن امنو
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Pada 20hb Ogos 2015, Setiausaha Agung PAS pada ketika itu, Datuk Mustafa Ali, mendedahkan PAS pernah mencadangkan nama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya.
Namun, disebabkan Tengku Razaleigh mengkritik PAS dan melabelkan parti itu sebagai ‘pelacur’, beliau kini dituduh memiliki agenda peribadi untuk mejadi Presiden UMNO menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Sama juga halnya apabila PAS bersalaman dengan UMNO pada satu ketika dulu atas dasar permuafakatan dan bersetuju menubuhkan “Muafakat Nasional,” kononnya untuk berjuang menyatukan ummah.
Bagaimanapun, PAS meminggirkan platform itu dan memberi lebih tumpuan kepada platform “Perikatan Nasional” semata-mata sebab Perdana Menteri menerajui gabungan baharu itu menerusi parti pimpinannya, PPBM.
PETALING JAYA: Pada 20hb Ogos 2015, Setiausaha Agung PAS pada ketika itu, Datuk Mustafa Ali, mendedahkan PAS pernah mencadangkan nama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya.
Bagaimanapun, menurut Mustafa, disebabkan bantahan PKR yang bertegas mahukan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, maka PAS akhirnya menerima keputusan PKR atas semangat Pakatan.
Pendedahan Mustafa bermakna PAS mendapati Tengku Razaleigh Hamzah, rakan sekutu PAS ketika wujud parti Semangat 46, lebih layak menjawat jawatan Perdana Menteri berbanding presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Namun, disebabkan Tengku Razaleigh mengkritik PAS dan melabelkan parti itu sebagai ‘pelacur’, beliau kini dituduh memiliki agenda peribadi untuk mejadi Presiden UMNO menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.
“Saya rasa Ku Li hendak bertanding Presiden UMNO. Dia mahu ‘ambil angin’ ahli-ahli UMNO dengan bina satu naratif baharu dalam kalangan ahli parti itu yang hendak sokong dia sebagai Presiden,” dakwa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Menteri Besar Kedah itu berkata, bagaimanapun Pas menyifatkan pandangan veteran UMNO itu bukan mewakili parti UMNO secara keseluruhannya.
“Astagfirullahalazim, orang tua-tua yang umur 80-an tak patut cakap bahasa macam itu. Pas tidak kenal ‘pelacur’. Yang kenal adalah yang biasa langgan pelacur,” katanya.
Inilah perangai sebenar PAS yang boleh menukar naratif pada bila-bila masa berdasarkan situasi semasa bagi memajukan agenda politik kepimpinannya.
Sama juga halnya apabila PAS bersalaman dengan UMNO pada satu ketika dulu atas dasar permuafakatan dan bersetuju menubuhkan “Muafakat Nasional,” kononnya untuk berjuang menyatukan ummah.
Bagaimanapun, PAS meminggirkan platform itu dan memberi lebih tumpuan kepada platform “Perikatan Nasional” semata-mata sebab Perdana Menteri menerajui gabungan baharu itu menerusi parti pimpinannya, PPBM.
Sebelum ini, Tengku Razaleigh dilaporkan melabel Pas sebagai ‘pelacur’ dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Tengku Razaleigh dalam temu bual bersama sebuah portal berita menggelar Pas sebagai ‘pelacur’ kerana sering kali beralih sokongan antara DAP dan Semangat 46, iaitu parti serpihan UMNO yang diterajuinya.
THE THIRD FORCE
Diubahsuai daripada laporan asal oleh Negara Merdeka
WAJIB BACA:
Terdesak, Muhyiddin mungkin masuk perjanjian dengan Anwar Ibrahim
Sumber:
