Pemansuhan Ordinan Darurat: Najib tembak kaki sendiri

Raggie Jessy Rithaudeen

نجيب تيمبق كاكي سنديري

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu sidang media bahawa pemansuhan Ordinan Darurat secara senyap merupakan pengakuan kerajaan bahawa Darurat telah gagal menangani wabak Covid-19.




Saya sebenarnya bersetuju dengan kenyataan ini, kerana Ordinan Darurat yang dimansuhkan telah dipinta oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri daripada Yang Di-Pertuan Agong atas alasan ianya “amat perlu” untuk menangani wabak Covid-19.

Dengan pemansuhannya, bukan hanya kerajaan mengaku gagal, Muhyiddin telah memperlekeh kepercayaan Yang Di-Pertuan Agong terhadapnya kerana memansuhkan Ordinan yang dimintanya sendiri sebelum tamat Darurat.

Walaubagaimanapun, Najib bercerita seolah-olah UMNO tidak memainkan sebarang peranan dalam pemansuhan itu, walhal, menteri-menteri UMNO terlibat secara langsung dalam segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

BACA JUGA: WAN SAIFUL USAH JADI BALACI MUHYIDDIN

Najib seharusnya bertanya kepada menteri-menteri UMNO kenapa pemansuhan itu dirahsiakan daripada parti, khususnya, presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kalau diperhatikan, sehingga hari ini, tidak ada seorang pun menteri UMNO yang berdiri di Dewan Rakyat untuk mempersoalkan pemansuhan Ordinan Darurat.

Apabila Muhyiddin bertindak keluar Dewan untuk mengelak soalan, Najib seharusnya mengajukan soalan berhubung pemansuhan Ordinan Darurat terhadap Datuk Seri Ismail Sabri selaku Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi Najib tidak berbuat demikian, dan sebaliknya, memilih untuk mengadakan sidang media bagi mempersembahkan pendapatnya di umum, bukannya di Dewan Rakyat.

Loading...

Kenapa? Untuk memarakkan propaganda?

Perangai Najib sungguh pelik, termasuk dakwaan kononnya Perikatan Nasional yang gagal, bukannya UMNO.

Najib lupa, bahawa Ismail Sabri merupakan sekutunya sendiri malah dicadangkan secara senyap oleh Zahid sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Jika benar kepimpinan UMNO merasakan kegagalan kerajaan hanya disebabkan oleh Perikatan Nasional, kenapakah Ismail Sabri menerima pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Bukankah perlantikan ini mengharuskannya menjadi pembantu kepada Perdana Menteri, dan bukankah ini serupa dengan memberi kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan pengerusi Perikatan Nasional?

Najib, Zahid dan menteri-menteri UMNO seharusnya meminta untuk dipindahkan ke blok bebas jika benar mereka tidak ingin dikaitkan dengan kegagalan kerajaan.

Ini sejajar dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO bertarikh 7hb Julai 2021 untuk menarik sokongan parti itu terhadap Muhyiddin.

Namun, bukan hanya Najib kekal dalam blok kerajaan, tidak ada seorang pun ahli parlimen dari UMNO selain daripada Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta untuk dipindahkan ke blok bebas.

Jadi bagaimanakah Najib boleh bercerita tentang kegagalan orang sedangkan beliau sendiri gagal untuk mematuhi ketetapan partinya sendiri?

WAJIB BACA:

Wan Saiful usah jadi balaci Muhyiddin, tiru cadangan Tun pun jadi dalca



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...