Pembangkang juga ada menang tanpa bertanding, apa yang tidak adilnya?

Beruang Biru

Penyokong Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin mereka melenting betul apabila Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding satu kerusi pada PRU14 kali ini iaitu kerusi DUN N27, oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau menang atas kesalahan calon PKR di kerusi itu sendiri Dr S Streram yang tidak ada pas calon yang dikeluarkan SPR.

Pada hari penamaan calon 28 April lepas, beliau tidak dibenarkan masuk ke kawasan penamaan calon oleh Polis Diraja Malaysia dan tidak langsung sempat menghantar borang.

Mereka akan malu besar kalau mengaku salah atau memohon maaf kepada penyokongnya kerana kesalahan bodoh itu. Jadi, pakatan ambil sasaran mudah dan biasa iaitu salahkan BN dan salahkan polis. Naib Presiden PKR, Rafiz Ramli yang mula memfitnah menuduh Polis dan Mohamad Hasan mengambil kesempatan halang Streram dari hantar borang pencalonan kerana mahu menang secara percuma.

Teruk Rafizi dikecam kerana masih cuba salahkan orang lain walaupun sudah terang-terangan ia adalah salah calon PKR sendiri. Untuk rekod, pembangkang juga sebelum ini pernah menang tanpa bertanding pada PRU 2004 dan 2008. Pada PRU12 2008, BN berjaya menang tujuh daripada 222 kerusi Parlimen tanpa bertanding dan ada dua kerusi dimenangi tanpa bertanding bagi 505 kerusi peringkat DUN.

Calon pembangkang yang menang ialah calon PAS, Wan Ubaidah Omar yang menang kerusi DUN Kijang kerana calon BN pada masa itu Mustopha Ahad ditolak pencalonannya kerana muflis.

Ini bukti pilihan raya di Malaysia telus kerana calon BN juga ada yang tidak diterima pencalonannya oleh SPR. Jika benar-benar BN hendak manipulasi undi, sudah tentu pembangkang tidak akan menang banyak kerusi pun di Parlimen atau DUN.

Kalau benar BN boleh manipulasi undi sudah lama Kelantan diambil balik oleh BN. Sudah lama Penang dan Selangor boleh diambil balik. Malah ramai terlupa pada 2005, selepas PRK di Pengkalan Pasir, kerajaan PAS memerintah Kelantan hanya dengan kelebihan 2 undi sahaja.

Pada PRU11 pula pada 2004, BN menang 17 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN tanpa bertanding. Calon pembangkang iaitu PAS sekali lagi menang tanpa bertanding di kerusi Senggarang di Johor. Agaknya PKR, DAP, PKR dan PAN dengki dengan BN kerana mereka tidak pernah merasa menang tanpa bertanding.

Disebabkan marah, Rafizi turut menuduh Mohamad Hasan bacul dan cuba main kotor untuk menang. Ia nampaknya satu lagi taktik untuk menggunakan kejadian itu untuk menghasut rakyat supaya menolak kemenangan untuk BN pada hari mengundi 9 Mei nanti.

“Grand design” Pakatan Harapan sudah boleh dibaca, mereka tahu mereka hendak kalah, jadi dari sekarang mereka sudah bina naratif mengatakan mereka diperlakukan secara tidak adil oleh SPR.

Bersedialah masa hari mengundi nanti ada banyak lagi teori dan cerita konsporasi akan muncul lagi. Hati hati jangan mudah tertipu dengan propaganda basi ini.

Bukan sahaja Mohamad Hasan jadi mangsa, calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut dituduh bersama dengan Mohamad Hasan untuk beri kemenangan kepada BN.

Khairy, semalam sudah mengesahkan bahawa telah menghantar surat saman kepada Rafizi melalui peguamnya kerana memfitnahnya dengan Mohamad Hasan. Khairy berkata saman itu bertujuan membuktikan bahawa dirinya dan Menteri Besar Negeri Sembilan adalah dipihak yang benar dan menjadi mangsa fitnah.

Pakatan sudah tidak boleh menang banyak kerusi dengan merit. Mereka hanya boleh menang dengan #TsunamiPHitnah dan berita palsu sahaja untuk burukkan BN dan pemimpinnya. Mereka akan fikirkan drama bohong apa yang akan dicipta untuk ubah keputusan pilihan raya di kawasan yang ditandingi mereka tanpa usaha untuk berbakti kepada rakyat.

Itulah Pakatan #HarapanPalsu dan #HarapanFitnah yang guna cara manipulasi dan putar belit untuk menang undi dan bukannya menjalankan tugas untuk rakyat yang diwakili mereka.

Source: Beruang Biru

Comments

Comments

Comments

Comments