
14. Yang Di-Pertuan Agong boleh sahaja melantik seorang Perdana Menteri Interim tanpa perlu bukti sokongan majoriti sebelum mengisytiharkan Darurat Politik.
15. Di bawah Darurat Politik, Yang Di-Pertuan Agong boleh juga mewujudkan mageran atau Majlis Penasihat dan memberikan kuasa tadbir urus tertentu kepada majlis ini.
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤمبڠكڠ تيدق ڤرلو بوقتيكن ماجوريتي، كواس مطلق كيني ڤد اڬوڠ
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Ramai di kalangan macai kem Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mula mainkan propaganda kononnya pembangkang perlu membuktikan bahawa ada ahli parlimen di kalangan mereka memiliki sokongan majoriti susulan perletakkan jawatan Muhyiddin.
Menurut macai-macai ini, langkah ini perlu bagi membolehkan perlantikan Perdana Menteri baharu oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Sebenarnya, naratif ini sengaja dimainkan untuk mengalihkan perhatian umum daripada hakikat bahawa macai-macai ini terbukti salah apabila mendakwa kononnya Muhyiddin tidak akan meletakkan jawatan hari ini.
Ianya turut dimainkan bagi ‘memukau’ rakyat untuk percaya bahawa pembangkang telah melakukan satu kesilapan besar kerana menumbangkan sebuah kerajaan yang kononnya dipilih rakyat.
Naratif ini hancur sama sekali apabila kita pertimbangkan perkara-perkara berikut:
1. Tidak ada sesiapa yang perlu membuktikan apa-apa, termasuk pemilikan sokongan majoriti oleh mana-mana ahli parlimen blok pembangkang.
BACA JUGA: INILAH CARA MUHYIDDIN JERAT DIRI SENDIRI
2. Sebaliknya, sebelum Muhyiddin meletakkan jawatan, sudah menjadi kewajipan untuk beliau membuktikan sokongan majoriti terhadapnya apabila timbul keraguan bahawa sokongan itu wujud.
3. Muhyiddin sendiri mengaku secara langsung di kaca TV bahawa beliau tidak memiliki sokongan majoriti.
4. Justeru, beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri berdasarkan pengakuannya sendiri kepada rakyat Malaysia.
5. Disebabkan pengakuan itu, Muhyiddin menjerat diri sendiri apabila membantu pembangkang buktikan bahawa beliau tidak memiliki sokongan majoriti tanpa perlu sidang khas parlimen untuk membuktikan perkara itu.
6. Muhyiddin turut diarahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk melakukan apa yang patut menurut peruntukan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.
7. Menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kecuali atas permintaannya kepada Yang di-Pertuan Agong Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan.
8. Jika Muhyiddin tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri hari ini, beliau boleh dianggap sebagai mengingkari titah Agong untuk mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
9. Macai-macai Muhyiddin turut lupa bagaimana idola mereka sendiri bersekongkol dengan UMNO dan PAS yang pada ketika itu pembangkang untuk mencantas kerajaan pimpinan Pakatan Harapan menerusi pintu belakang.
10. Mereka juga lupa bagaimana ahli-ahli parlimen dari blok kerajaan sendiri terlibat dalam usaha mencantas Muhyiddin, bukannya ahli-ahli parlimen dari blok pembangkang sahaja.
Ini merupakan bukti paling ketara bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin amat tidak stabil dan akan sentiasa kucar kacir sekiranya dibiarkan terus mentadbir negara.
11. Beralih pula kepada soal pentadbiran baharu, susulan peletakkan jawatan Muhyiddin, orang yang paling berkuasa di Malaysia tidak lain dan tidak bukan Yang Di-Pertuan Agong, berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:
Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
Perkara 39: Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.
12. Jika dikaji Perkara 32(1) dan Perkara 39, Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan kuasa yang ada padanya untuk melantik seorang Perdana Menteri sementara, yakni Perdana Menteri Interim, sehingga Jemaah Menteri baru dilantik menurut peruntukan-peruntukan Perkara 40(2) dan 40(2)(a), 43(1) dan 43(2), yang berbunyi:
40 (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;
43 (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
13. Justeru, adalah tidak benar kononnya pembangkang perlu membuktikan bahawa ahli parlimen pilihan mereka memiliki sokongan majoriti susulan perletakkan jawatan Muhyiddin.
14. Ini kerana Yang Di-Pertuan Agong boleh sahaja melantik seorang Perdana Menteri Interim tanpa perlu bukti sokongan majoriti sebelum mengisytiharkan Darurat Politik.
15. Di bawah Darurat Politik, Yang Di-Pertuan Agong boleh juga mewujudkan mageran atau Majlis Penasihat dan memberikan kuasa tadbir urus tertentu kepada majlis ini.
16. Opsyen ini adalah antara banyak-banyak opsyen yang ada pada Yang Di-Pertuan Agong, dan opsyen ini boleh mengelakkan berulangnya Langkah Sheraton yang akhirnya memudaratkan politik, keshatan, ekonomi dan rakyat Malaysia.
17. Seandainya Darurat Politik diisytiharkan dan Majlis Penasihat atau Mageran diwujudkan, struktur pentadbiran yang menyusul boleh dikekalkan sehingga satu masa Yang Di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 perlu diadakan.
WAJIB BACA:
