Pembantu peribadi Anwar akhirnya serah diri

Farhash, 37, yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi tadi. Sumber (gambar): TTF

Polis hari ini menahan Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di Ampang, 31 Ogos lalu.

Sebelum ini, Farhash diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki polis susulan tindakannya menghilangkan diri daripada membantu siasatan berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di Ampang, 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dilaporkan berkata, usaha mengesan Farhash tetap dijalankan walaupun mangsa dalam kes itu sudah menarik balik laporan polis yang dibuat.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang menguruskan perlawanan Muay Thai anak didiknya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang tiba-tiba menolak mukanya sehingga berlaku kekecohan sebelum penganjur meminta mereka beredar dari kawasan kompleks sukan.


KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di Ampang, 31 Ogos lalu.

Farhash, 37, yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Farhash dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 5 petang.


“Suspek memberikan kerjasama kepada polis dalam tindakan polis melengkapkan siasatan.

“Proses siasatan dijalankan manakala ujian saringan awal air kencing turut dibuat dan didapati negatif daripada penggunaan dadah.

“Kes akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Farhash diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki polis susulan tindakannya menghilangkan diri daripada membantu siasatan berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di Ampang, 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dilaporkan berkata, usaha mengesan Farhash tetap dijalankan walaupun mangsa dalam kes itu sudah menarik balik laporan polis yang dibuat.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang menguruskan perlawanan Muay Thai anak didiknya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang tiba-tiba menolak mukanya sehingga berlaku kekecohan sebelum penganjur meminta mereka beredar dari kawasan kompleks sukan.

Mangsa kemudian beredar ke tempat letak motosikal di luar kompleks berkenaan sebelum dikatakan diserang sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjatakan pisau, topi keledar dan kerusi.

Susulan serangan itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tisu pinggang dan luka anggota badan.

Sumber:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...