
Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador kini diklafikasikan sebagai individu dikehendaki polis susulan tindakannya menghilangkan diri daripada membantu siasatan berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di Ampang, 31 Ogos lalu.
Farhash, 37, yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah suspek utama kes serangan ke atas seorang jurulatih tinju di Kompleks Sukan Arena, di Taman Dagang Permai di sini.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang sedang menguruskan perlawanan Muay Thai anak didiknya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang tiba-tiba menolak mukanya sehingga berlaku kekecohan sebelum penganjur meminta mereka beredar dari kawasan kompleks sukan.
Mangsa kemudian beredar ke tempat letak motosikal di luar kompleks berkenaan sebelum dikatakan diserang sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjatakan pisau, topi keledar dan kerusi.
KUALA LUMPUR: Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador kini diklafikasikan sebagai individu dikehendaki polis susulan tindakannya menghilangkan diri daripada membantu siasatan berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di Ampang, 31 Ogos lalu.
Ketua Polis Negara , Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata usaha mengesan Farhash masih dijalankan walaupun mangsa dalam kes itu sudah menarik balik laporan polis yang dibuat.
“Kita mahu merakam percakapan dia (Farhash) untuk melengkapkan siasatan dan hantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya, sama ada mahu NFA (tiada tindakan lanjut) atau sebaliknya.
“Kita juga akan panggil pengadu (mangsa) untuk dirakam percakapannya. Bagaimanapun, buat masa ini, kita masih cuba mengesan Farhash,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar ke Unit Tindakan Khas (UTK) di sini, hari ini.
Abdul Hamid berkata, polis menyifatkan Farhash sebagai individu dikehendaki kerana tindakannya menghilangkan diri dan gagal tampil membantu siasatan polis.
Farhash, 37, yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah suspek utama kes serangan ke atas seorang jurulatih tinju di Kompleks Sukan Arena, di Taman Dagang Permai di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan semalam, berkata Farhash masih gagal dikesan dan diarah segera tampil bagi membantu siasatan.
“Kita sudah membuat lima tangkapan membabitkan lima lelaki berusia antara 22 hingga 38 tahun dipercayai terbabit dalam insiden serangan berkenaan.
“Mereka terbabit dalam bidang kejurulatihan tinju ‘Muay Thai’ dan direman bagi membantu siasatan,” katanya.
Fadzil berkata, empat suspek dibebaskan semalam dengan jaminan polis, manakala seorang lagi suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, selepas didapati mempunyai rekod dikehendaki polis berhubung kes dadah.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang sedang menguruskan perlawanan Muay Thai anak didiknya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang tiba-tiba menolak mukanya sehingga berlaku kekecohan sebelum penganjur meminta mereka beredar dari kawasan kompleks sukan.
Mangsa kemudian beredar ke tempat letak motosikal di luar kompleks berkenaan sebelum dikatakan diserang sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjatakan pisau, topi keledar dan kerusi.
Susulan serangan itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tisu pinggang dan luka anggota badan.
Sumber:
FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
