PEMBERITAHUAN: LAPORAN POLIS JENAYAH MELIBATKAN AMBIGA SREENEVASAN DAN TOMMY THOMAS

Raggie Jessy Rithaudeen

Pemberitahuan ini adalah berkenaan dua laporan polis yang akan saya buat di seikitar pukul 1.00 tengah hari esok, bersamaan 9hb February 2019, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor.

Alamat IPD yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya
Jalan Persiaran Kewajipan (Opposite USJ9 Business Centre)
47610 Subang Jaya, Selangor
Malaysia




Laporan pertama khusus terhadap bekas Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ Ambiga Sreenevasan, dan bekait lagsung dengan kes saman fitnah yang dibawa oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, terhadap pemilik dan pengendali blog Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Laporan ini adalah susulan kepada laporan MACC yang telah saya buat semalam, bersamaan 7hb Febuari 2019, di pejbat SPRM (MACC) di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Untuk makluman, saya telah diberitahu oleh pihak MACC untuk turut membuat laporan polis memandangkan saya mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam tindak-tanduk Ambiga.

Laporan kedua pula adalah terhadap kedua-dua Ambiga dan Tommy Thomas, yang pada ketika ini, memegang jawatan Peguam Negara menerusi lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Laporan ini bekait lagsung dengan salahlaku jenayah melibatkan Tommy sewaktu beliau masih lagi mewakili Bank Islam dan masih belum dilantik menjadi peguam negara.

Susulan dari laporan-laporan ini, satu sidang media akan berlangsung pada pukul 2 tengah hari di luar pintu pagar balai polis yang sama, beralamat seperti di atas.

Sidang tersebut akan diberitahu secara terperinci perkembangan-perkembangan terbaru berhubung Ambiga dalam kes saman fitnah yang dibawa oleh Hadi terhadap Clare Brown dan juga jenayah yang telah Tommy lakukan pada tahun 2014 dan bagaimana ianya melibatkan Ambiga dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Loading...

Saya mengalu-alukan kehadiran pihak media dan altivis-aktivis/blogger-blogger yang berminat untuk membuat liputan.

Sekian sahaja kenyataan daripada saya buat masa ini.

Saya Yang Benar,

Raggie Jessy Rithaudeen

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku

Ketua Kumpulan Penggerak TTF



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...