Raggie Jessy Rithaudeen
Pemberitahuan ini adalah berkenaan satu laporan polis yang bakal saya buat di seikitar pukul 2.30 petang hari ini, bersamaan 22hb April 2019, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor.
Alamat IPD yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya
Jalan Persiaran Kewajipan (Opposite USJ9 Business Centre)
47610 Subang Jaya, Selangor
Malaysia.
Laporan ini adalah kusus terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan bersangkut paut dana RM90 juta yang Dato’ Seri Najib Tun Razak dituduh membayar kepimpinan tertinggi PAS.
Laporan ini merupakan susulan kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar pada 20hb April 2019.
Laporan ini turut merupakan susulan kepada laporan-laporan yang pernah saya buat terhadap Dato’ Ambiga Sreenevasan dengan pihak SPRM (bertarikh 7hb Febuari 2019) dan polis (bertarikh 9hb Febuari 2019)
Sehubungan itu, satu sidang media akan berlangsung pada pukul 4 petang di luar pintu pagar balai polis yang sama, beralamat seperti di atas.
Sidang tersebut akan diberitahu secara terperinci tujuan sebenar laporan dibuat. Saya mengalu-alukan kehadiran pihak media dan altivis-aktivis/blogger-blogger yang berminat untuk membuat liputan.
Sekian dimaklumkan.
Saya Yang Benar,
Raggie Jessy Rithaudeen
Pengarah bersama, Gerakan Bangsa Nasional
