Pemberitahuan: Zahid harus buat laporan polis segera fitnah Lokman ‘saya penulis upahan Zahid Hamidi’

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya dengan ini memberi Datuk Lokman bin Noor Adam tempoh 24 jam kemuka bukti fitnah ‘saya penulis upahan Zahid Hamidi’ dan “makan seorang upah RM50,000 yang Zahid Hamidi bagi.”

Menurut Lokman, perkara itu didakwa oleh “timbalannya (timbalan saya) dari GBN.”




Saya dengan ini mencabar Lokman untuk membuat laporan polis dengan kadar segera dan namakan ‘timbalan’ yang dimaksudkan serta kemukakan bukti-bukti pemberian RM50,000 berkenaan.

Sekiranya Lokman tidak berjaya mengemukakan bukti ataupun membuat laporan polis, maka saya fikir kita boleh mempercayai kenyataan Tan Sri Annuar Musa bahawa Lokman tidak bercakap benar dalam banyak perkara.

Lokman harus faham bahawa SESIAPA PUN BERHAK membuat analisa politik melibatkan mana-mana pemimpin politik, baik dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Memandangkan isu pemecatan (atau pembuangan) Lokman dari UMNO merupakan perkara yang dilaporkan kepada umum oleh Lokman sendiri dan media massa, maka adalah menjadi hak saya untuk turut membincangkannya.

Saya turut galakkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat laporan polis berdasarkan fitnah Lokman.

Ini memandangkan fitnah Lokman secara langsung mecadangkan saya telah menerima dana atau wang sogokkan RM50,000 daripada Zahid untuk menulis perkara-perkara tertentu.

Saya akan umumkan tindakan susulan kemudian.

Sehingga hari ini, saya tidak pernah mendakwa di umum, secara langsung atau tidak langsung, bahawa Lokman sendiri secara sah menerima sogokkan dalam apa-apa jumlah daripada mana-mana pihak.

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...