Pembohongan Shuhaimi jelas menunjukkan kebimbangan pucuk pimpinan PKR terhadap kemampuan PAS

 

TTF: Gambaran yang diberikan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei hari ini (lihat liputan Sinar Harian di bawah) tidak sama sekali berlandas kepada kebenaran. Hakikatnya, pada 30hb April 2017Muktamar PAS Ke-63 meluluskan usul supaya `tahaluf siyasi’ dengan PKR diputuskan atas tiga sebab berikut:

1. PKR telah secara terbuka dan tanpa rundingan terlebih dahulu dengan PAS mengishtiharkan untuk tidak menyokong sebahagian agenda Islam yang dibawakan PAS seperti isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

2. PKR telah melanggar adab-adab kerjasama dalam politik apabila kepimpinan parti tersebut telah secara terbuka menyerang kepemimpin PAS dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej parti.

3. PKR mengkhianati PAS apabila bekerjasama dengan parti Amanah pimpinan Mohamad Sabu yang secara terang ingin menjatuhkan PAS.

Beberapa hari slepas berakhirnya Muktamar Pas ke-63, pada 11hb Mei 2017, Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi dengan PKR atas tiga sebab tersebut yang dibentangkan sebagai hujah oleh wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail, sewaktu Muktamar tersebut berlangsung.

Pada pembentangan usulnya, Zulkifli merujuk kepada Fasal 5 (Tujuan Pas), Fasal 6 (Usaha-Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan) dalam perlembagaan PAS sebagai hujah agar parti Islam tersebut memutuskan hubungan dengan PKR.

Beberpa hari sebelum Muktamar tersebut berlangsung, pada 13hb April 2017, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengibaratkan tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menyerang PAS secara bertubi-tubi sebagai “menambah garam pada luka sedia ada yang memberi kesan kepada hubungan antara kedua-dua parti.”

“Bagi kita tuduhan Rafizi itu tidak perlu diberikan per­hatian serius memandangkan rekod beliau selama ini membabitkan pelbagai pendeda­han semuanya ti­dak betul termasuk membabitkan isu cincin isteri Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita di Kota Baru.

Mohd Amar merujuk kepada tindakan ahli Parlimen Pandan tersebut yang, menerusi Akuan Bersumpah yang ditandatanganinya, mendakwa bahawa bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa, pernah menerima dana berkait 1MDB. Perkara tersebut bukan hanya tidak pernah dibincangkan bersama PAS, malah Rafizi tidak pernah ditegur pucuk pimpinan PKR atas tindak-tanduknya melemparkan tuduhan-tuduhan berunsur fitnah terhadap seorang pemimpin kanan PAS.

Jelas bahawa tindakan Shuhaimi memberi gambaran seolah-olah PAS tidak mahu ‘bertahaluf siyasi’ dengan PKR tanpa sebab adalah bertujuan untuk mengelirukan pengundi menjurus kepada pilihanraya umum ke-14 (GE14). Kenyatan Shuhaimi mengambarkan betapa bimbangnya pucuk pimpinan PKR bahawa kehadiran Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan akan memjejaskan prestasi parti reformasi tersebut tatkala pilihanraya berlangsung.

*******************************

SHAH ALAM – Kami tak paksa dan tak halau Pas keluar, mereka yang menarik diri kerana tidak mahu ‘bertahaluf siyasi’ dengan kita, demikian penjelasan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkenaan Pas yang telah memutuskan hubungan dengan PKR meskipun kedua-duanya masih bekerjasama di peringkat kerajaan negeri.

Menurutnya, meskipun Pas tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan (Harapan) namun mereka masih bersama-sama menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor.

“Kerajaan Harapan terpaksa mengekalkan pemimpin Pas dalam pentadbiran negeri kerana berpaksikan mandat yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU13 lalu.

“Namun pentadbiran antara kedua-duanya semakin di penghujung jalan dan mungkin pada April atau Mei, dun akan dibubarkan dan mandat akan habis. Kita pulangkan semula kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang jauh lebih baik,” katanya ketika ditemu bual semasa program FB Live Sinar Harian di pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

Pada masa sama, Adun Sri Muda itu turut menegaskan bahawa Pas masih menerajui pentadbiran Selangor atas dasar kerajaan negeri mahu mempertahankan semangat perikatan yang dibentuk dalam Pakatan Rakyat (PR) membabitkan PKR, Pas dan DAP selepas memenangi PRU13 Selangor.

“Kesemua adun dari ketiga-tiga parti diberi mandat waktu itu atas semangat PR dan perikatan itu yang telah mengikat kita (Pas dan PKR) sehingga ke hari ini.

“Pada Mei 2013 pula, kita berjaya tadbir negeri ini. Bagi kerajaan negeri hari ini kami mesti mempertahankan semangat itu kerana itu pilihan rakyat,” katanya.

Katanya lagi, kerjasama di peringkat negeri itu diteruskan lantaran rakyat Selangor mahu melihat kerajaan yang baik dan yang diurus secara bertanggungjawab kekal.

“Mereka tidak mahu melihat perpecahan meskipun Pas sudah menarik diri daripada bersama Harapan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Comments

Comments


Loading...