Pembohongan terbesar Zahid Hamidi kerana terlalu terdesak (wajib baca, tonton)

“…tahu tak saudara saudari betapa besarnya pembohongan atau halusinasi Zahid dan Anwar ini?” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin kaedah menumbangkan kerajaan untuk diganti dengan yang baru kini tidak lagi dapat dibuat melalui kaedah akuan bersumpah (SD).

Ini menurut Malaysiakini, yang memetik Zahid sebagai berkata, keadaan sudah berubah dengan adanya akta baru yang mengekang tindakan ahli parlimen ‘melompat’.




“Soal tebuk atap ni, saya fikir akuan bersumpah tak lagi boleh digunakan sebagai platform utama seperti sebelum wujudnya akta antilompat parti.

“(Dalam keadaan sekarang), sebarang keputusan besar dibuat oleh parti. Kalau mahu tukar (kerajaan) kena secara en bloc,” katanya.

Anwar juga pernah memberi gambaran yang seakan sama menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Tetapi tahukah saudara saudari betapa besarnya pembohongan atau halusinasi Zahid dan Anwar ini?

Biar saya jelaskan:

1.     Perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan sokongan terhadap perdana menteri dan pelantikan perdana menteri adalah buta parti, dan

2.     perkara-perkara ini tidak pernah dipinda untuk dikaitkan dengan mana-mana pindaan Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan menghalang ahli parlimen lompat parti.

Loading...

SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

3.     Spesifiknya, pindaan yang dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 49 A, secara khususnya, berkaitan keaddaan bila mana ahi dewan rakyat akan kehilangan kerusinya, tidak terpakai kepada perkara 43 (2) (yang berkait dengan pelantikan dan sokongan terhadap Perdana Menteri).

4.     Ini bermakna, akta anti-lompat parti tidak merampas hak berperlembagaan ahli parlimen untuk menentukan, secara sukarela dan peribadi pada bila-bila masa, tanpa terikat pada dasar parti, status sokongan mereka kepada Perdana Menteri.

5.     Sekalipun sesebuah parti meminda perlembagaan parti untuk diselaraskan dengan akta anti-lompat parti, ahli parlimen dari parti itu tetap bebas menentukan, secara sukarela dan peribadi pada bila-bila masa, tanpa terikat pada dasar parti, status sokongan mereka kepada Perdana Menteri.

6.     Sekiranya perlembagaan parti dipinda sebegitu rupa, menyebabkan keanggotaan ahli parlimen tergugur dari parti kerana sokong atau tidak sokong perdana menteri, dia tidak dikira lompat parti dan tidak perlu mengosongkan kerusi di Dewan Rakyat.

7.     Justeru, kestabilan sesebuah kerajaan ditentukan hanya oleh ahli parlimen dan bukannya parti politik (atau sokongan parti secara ‘en bloc’), sepertimana yang didakwa oleh Zahid hari ini dan juga oleh laskar siber pro kerajaan di media sosial selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

8.     Semua ketua parti, termasuk Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai faham segala yang tertera di atas.

9.     Namun, Zahid dengan mewar-warkan pembohongan atau halusinasi kononnya penukaran kerajaan hanya boleh dilaksanakan secara en bloc, kerana…

SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...