Raggie Jessy Rithaudeen
Saya akan mengadakan satu sidang live di Petaling Jaya menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI) 10 malam ini (20/2/2020) dan menyentuh, antara lain:
1. Dilemma terbesar yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP pada ketika ini
2. Pembohongan-pembohongan baru agen-agen Anwar
3. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan esok (Jumaat, 21/2/2020)
4. Kuasa sebenar Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Perdana Menteri
5. Isu penjualan hotel-hotel milik Tabung Haji (bahagian pertama)
Saya turut akan sentuh sedikit berhubung kedudukan terkini sokongan ahli-ahli parlimen terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dilemma tertentu melibatkan PPBM, PAS dan UMNO.
Sesi ini turut akan disiarkan menerusi beberapa saluran Facebook dan YouTube milik pihak-pihak tertentu.
Sekiranya ada gangguan, siaran ini turut akan dirakam dan disebarkan menerusi saluran-salauran tertentu yang akan diumumkan kelak.
Sekian
