Pembunuhan Altantuya: Shafee kekalkan dakwaan, enggan namakan VVIP

Shafee engan menamakan VVIP yang didakwanya berjumpa Azilah di luar penjara Kajang. Sumber (gambar): Fail TTF

Muhammad Shafee Abdullah hari ini berkata beliau tidak terkejut dengan penafian Jabatan Penjara Malaysia bahawa bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri pernah dibawa keluar dari penjara Kajang 10 bulan lalu untuk berjumpa dengan seorang “VVIP”.

“Kamu fikir mereka akan mengakuinya? Mereka akan gantung diri sendiri. Sudah tentu mereka (akan) menafikannya.”

Sebelum ini, bekas peguam Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Zulkifli Noordin, mendakwa Anwar meminta Azilah membuat Akuan Bersumpah palsu bagi menyabitkan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya. 

Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, tidak ada satu bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, namun Anwar tetap mendesaknya agar mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya


SUBANG JAYA: Muhammad Shafee Abdullah hari ini berkata beliau tidak terkejut dengan penafian Jabatan Penjara Malaysia bahawa bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri pernah dibawa keluar dari penjara Kajang 10 bulan lalu untuk berjumpa dengan seorang “VVIP”.

Menurut sebuah portal berita, Shafee, yang mewakili Dato’ Seri Najib Tun Razak  dalam kes SRC International dan 1MDB, engan menamakan VVIP tersebut.




“Saya tidak boleh, kami sedang berusaha, saya tidak boleh beritahu lebih daripada itu.

Terdahulu, Jabatan Penjara menafikan bahawa Azilah dibawa keluar dari penjara sepertimana didakwa Shafee kelmarin. Ketika diminta mengulas, inilah jawapan Shafee:

“Kamu fikir mereka akan mengakuinya? Mereka akan gantung diri sendiri. Sudah tentu mereka (akan) menafikannya.”

Semalam, Shafee membuat kenyataan bahawa berdasarkan “maklumat yang sangat dipercayai” tetapi tidak boleh disahkan oleh dirinya, bahawa banduan itu pernah dibawa keluar.

Walau bagaimanapun, dia tidak mendedahkan identiti VVIP berkenaan.

Sebelum ini, bekas peguam Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Zulkifli Noordin, mendakwa Anwar meminta Azilah membuat Akuan Bersumpah palsu bagi menyabitkan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.

Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, tidak ada satu bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, namun Anwar tetap mendesaknya agar mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya

Loading...

“Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya itu. Masa itu (juga) saya peguam Anwar Ibrahim.

“Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak(akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu.

“Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.

“Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.

“Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku Najib terlibat, Rosmah pun terlibat,”dedahnya ketika berceramah di Bentong, Pahang, 3 Feb.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...