Pemecatan Marzuki oleh Muhyiddin timbul tanda tanya

Surat yang menyatakan pemberhentian Marzuki sebagai Setiausaha Agung turut tular di media social (bawah) sejak tengah hari tadi. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤمچتن مرزوقي اوليه محي الدين تيمبول تندا تاڽ

Datuk Marzuki Yahya dipecat sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuatkuasa pada 18hb Mac lalu.

Surat makluman pemecatan itu ditandatangani Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan tindakan berkenaan selaras dengan Fasal 13.9 perlembagaan parti terbabit.

Isnin lalu, Mahathir menjadi calon tunggal yang menghantar borang bagi pemilihan jawatan Pengerusi PPBM.

Ini bermakna beliau menang secara sah jawatan pengerusi parti tanpa bertanding, cuma perkara itu belum diumumkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung parti.

Adakah ini sebabnya Marzuki dipecat dari parti?


PETALING JAYA: Datuk Marzuki Yahya dipecat sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuatkuasa pada 18hb Mac lalu.

Surat makluman pemecatan itu ditandatangani Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan tindakan berkenaan selaras dengan Fasal 13.9 perlembagaan parti terbabit yang berbunyi:




Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dipengerusikan oleh Pengerusi (Fasal 13.2.1) dan pada masa ketiadaannya boleh dipengerusikan oleh Presiden (Fasal 13.2.2). Semasa ketiadaan Pengerusi (Fasal 13.2.1) dan Presiden (Fasal 13.2.2), Timbalan Presiden boleh mempengerusikan mesyuarat dan semasa ketiadaan Pengerusi (Fasal 13.2.1), Presiden (Fasal 13.2.2) dan Timbalan Presiden, salah seorang Naib Presiden boleh mempengerusikan mesyuarat. 

Walaubagaimanapun, pemecatan Marzuki menimbulkan persoalan sekiranya Muhyiddin sengaja mengetepikan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi sah parti Bersatu untuk mengukuhkan kedudukkannya dalam parti.

Sepintas lalu, Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu pada 24hb Februari lalu selepas Muhyiddin mengumumkan parti itu keluar meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Walaubagaimanapun, perkara itu tidak disenangi oleh beberapa ahli Majlis Tertinggi Bersatu yang dianggotai oleh Muhyiddin sendiri.

Susulan itu, pada 25hb Febuari 2020, pihak MT sebulat suara menolak peletakan jawatan Mahathir.

Penolakan itu diterima baik oleh Mahathir yang kemudian mengumumkan bahawa beliau masih menganggap dirinya sebagai pengerusi parti.

Isnin lalu, Mahathir menjadi calon tunggal yang menghantar borang bagi pemilihan jawatan Pengerusi PPBM.

Loading...

Ini bermakna beliau menang secara sah jawatan pengerusi parti tanpa bertanding, cuma perkara itu belum diumumkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung parti.

Adakah ini sebabnya Marzuki dipecat dari parti?

Surat yang menyatakan pemberhentian Marzuki sebagai Setiausaha Agung turut tular di media social (bawah) sejak tengah hari tadi.

Sementara itu, Marzuki ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima surat berkenaan yang dihantar ke pejabatnya di Yayasan Selangor semalam.

“Ya, saya mengesahkan terima surat itu semalam. Setakat ini tiada komen apa-apa, tunggu apa kata Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...