Pemecatan Tajuddin: Terdesak, Zahid timbulkan persepsi palsu UMNO boleh cetus Pilihan Raya pada bila-bila masa selepas 1 Ogos

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤمچتن تاجو الدين: تردسق، زاهيد تيمبولكن ڤرسيڤسي ڤلسو امنو بوليه چتوس ڤيليهن راي ڤد بيلا-بيلا ماس سلڤس 1 اوڬوس

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Sehari selepas penularan audio rakaman suara Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi tiba-tiba memutuskan untuk ‘memecat’ Tajuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO.

Pemecatan Tajuddin dan pelantikan Mohamad sebagai Pengarah Pilihan Raya baharu menimbulkan persepsi seolah-olah Zahid sedang mengambil langkah untuk menyiapkan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini kerana Tajuddin ‘membantah’ keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin atas alasan Umno berada dalam keadaan tidak bersedia jika pilihan raya berlaku dalam masa terdekat dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

Menerusi pemecatan Tajuddin, Zahid sedang menghantar ‘isyarat’ kepada Muhyiddin bahawa beliau bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya dan mampu mencetuskan pembubaran parlimen selepas 1hb Ogos 2021 menerusi pengunduran beramai-ramai ahli-ahli parlimen UMNO.


PETALING JAYA: Sehari selepas penularan audio rakaman suara Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi tiba-tiba memutuskan untuk ‘memecat’ Tajuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO.

Menurut Tajuddin, dia menerima keputusan yang dibuat presiden UMNO itu dengan hati terbuka.




“Saya tak ada masalah masalah dengan presiden, (tapi) kalau presiden ada masalah dengan saya, tak tahulah. Kalau nak tahu, kena tanya presidenlah,” katanya.

Walaubagaimanapun, TTF dimaklumkan bahawa penyingkiran Tajuddin dan pelantikkan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai penggantinya turut dirancang, seperimana juga rakaman dan penularan suara Tajuddin.

Semalam, TTF menulis:

Terdapat beberapa kecacatan dalam hujah Tajuddin (dalam klip audio) yang menyokong dakwaan sumber bahawa penghujahannya menurut skrip dan audio suaranya sengaja dirakam dan ditularkan oleh pihak tertentu dengan niat mengelirukan ahli-ahli parlimen PPBM dan PAS.

Dengan penghujahan Tajuddin, Najib dan Zahid boleh menangguhkan pengumuman berhubung penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin atas alasan “berlaku perbezaan pendapat di kalangan ahli-ahli parlimen UMNO yang perlu diseragamkan.”

Ini akan membolehkan mereka membeli lebih banyak masa dengan harapan Muhyiddin akan cemas dan cepat-cepat memasuki perjanjian dengan mereka sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh kluster mahkamah.

Pemecatan Tajuddin dan pelantikan Mohamad sebagai Pengarah Pilihan Raya baharu turut menimbulkan persepsi seolah-olah Zahid sedang mengorak langkah untuk menyiapkan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Loading...

Ini kerana Tajuddin ‘membantah’ keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin atas alasan Umno berada dalam keadaan tidak bersedia jika pilihan raya berlaku dalam masa terdekat dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

Menerusi pemecatan Tajuddin, Zahid sedang menghantar ‘isyarat’ kepada Muhyiddin bahawa beliau bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya dan mampu mencetuskan pembubaran parlimen selepas 1hb Ogos 2021 menerusi pengunduran beramai-ramai ahli-ahli parlimen UMNO.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Pelantikan Ismail Sabri: Apa yang Zahid cuba rahsiakan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...