“Jika Ismail Sabri dipecat dari UMNO bersama lapan hingga sembilan menteri yang menentang PRU awal, mereka mungkin menyertai parti baharu, dan tidak mustahil parti ini adalah parti yang ditubuhkan oleh abang kepada Ismail Sabri, Kamarazaman Yaakob”
Reggie Jessy Rithaudeen
ڤمچتن تاجو الدين اوندڠ ڤده، ‘ايمڤين ڤرو اول’ زاهيد، نجيب باكل برقبور
Tindakan memecat Datuk Seri Tajuddin Abudul Rahman daripada Majlis Kepimpinan Tinggi UMNO merupakan Langkah terdesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan telah mengundang kemarahan kem Datuk Seri Ismail Sabri.
Saya difahamkan, sebab sebenar Ismail Sabri tidak menghadiri mesyuarat MKT baru-baru ini tidak ada kena-mengena dengan penglibatan beliau dalam urusan lain, tetapi kerana beliau tidak berminat lagi melayan Zahid atau ahli-ahli kem Kluster Mahkamah (Kluster Mahkamah dan sekutunya).
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Ini termasuklah Isham Jalil, yang diusung masuk ke dalam MKT secara tiba-tiba setelah Tajuddin dipecat, barangkali bagi memastikan mesyuarat malam Jumaat lalu mempunyai “perwakilan Datuk Seri Najib Tun Razak” secara proksi.
Walaupun Tajuddin bukan anggota Kabinet Ismail Sabri, beliau merupakan antara ahli MKT UMNO yang mempunyai hubungan akrab dengan menteri-menteri UMNO dan Bersatu yang menolak pembubaran awal parlimen.
Pemecatan beliau dilihat sebagai ‘amaran awal’ terhadap menteri-menteri UMNO, khususnya, mereka yang berada dalam MKT, supaya menyokong pembubaran parlimen sekiranya mereka ingin disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya.
Ini termasuklah Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Reezal Merican, di mana ketiga-tiganya diketahui menolak pembubaran awal parlimen.
Saya difahamkan, Zahid sengaja melantik Isham Jalil bagi menggantikan Tajuddin dan meneruskan mesyuarat MKT pada malam Jumaat walaupun tahu Ismail Sabri tidak akan hadir, agar mereka yang menentang pembubaran parlimen akan melihat ‘siapa bos sebenar’ dan bersetuju menyokong PRU bulan depan.
Namun, Zahid tersilap langkah, dan perkara ini menjadi nyata apabila pemecatan Tajuddin dan kelangsungan mesyuarat tanpa Ismail Sabri mengundang kemarahan kem Ismail Sabri dan meningkatkan tekad mereka untuk terus menentang PRU awal.
Menurut sumber, Zahid mendapat maklum perkara ini sebelum mesyuarat MKT bermula dan tidak jadi mengumumkan ‘keputusan penting’ berkait dengan PRU selepas mesyuarat berakhir sepertimana yang dijanjikan.
Ini bermakna, strategi menggantikan Tajuddin dengan Isham Jalil gagal ‘mengegarkan’ semua ahli MKT, termasuk Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Reezal Merican.
Biarpun mereka berisiko menjadi mangsa Kluster Mahkamah dan digugurkan daripada MKT UMNO atau UMNO terus, saya difahamkan, mereka bertekad untuk terus menentang pembubaran awal parlimen.
Maknanya, jika Ismail Sabri dipecat dari UMNO bersama lapan hingga sembilan menteri yang menentang PRU awal, mereka mungkin menyertai parti baharu, dan tidak mustahil parti ini adalah parti yang ditubuhkan oleh abang kepada Ismail Sabri, Kamarazaman Yaakob.
Manakala itu, jika ahli-ahli parlimen kem Kluster Mahkamah bertindak menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, kerajaan mungkin akan cuba memasuki MoU baharu bersama Pakatan Harapan bagi mendapatkan sokongan langsung ahli-ahli parlimen gabungan itu.
Pakatan Harapan tidak bersedia untuk menghadapi PRU dan dijangka bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri, andai kata jawatan menteri dialihkan daripada menteri UMNO yang menentang Ismail Sabri kepada ahli parlimen Pakatan Harapan yang menyokongnya.
