Pemilihan wakil umno dalam kerajaan wajar ikut hiraki parti – Annuar Musa

Berikut merupakan kenyataan terkini Tan Sri Annuar Musa sepertimana yang diterbitkan menerusi Facebook rasmi beliau:

Annuar Musa

ڤميليهن واكيل امنو دالم كراجأن واجر ايكوت هيراءا ڤرتي – اننوار موسى

Debaran banyak pihak adalah tertumpu kepada pembentukan kabinet PM10.




https://www.themalaysianinsight.com/s/414794

Dilaporkan juga kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi dilemma kerana lobby dari banyak pihak. Itu sudah kelaziman dan saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu cara menyelesaikannya.

Kabinet mesti berupa gabungan yang mampu menggalas tugas yang mencabar selepas ini.

UMNO melalui keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah membuat keputusan tuntas menyertai Kerajaan Perpaduan ini. Ia keputusan parti yg wajar dihormati, bukan saja oleh ahlinya tetapi juga oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yg mengetuai Kerajaan Perpaduan.

Umno tidak harus dipandang enteng atau “to be taken for granted”.

Umno juga tidak harus diterima separuh separuh.

“Umpama semangkuk gulai, jangan kuah di ambil tapi isi nak dibuang”

Loading...

Justeru pemilihan wakil umno dalam kerajaan wajar mengikut keutamaan hiraki partinya dan dengan redha kepimpinannya.

Yang penting Perdana Menteri perlu mempunyai pasukan berkerja yang mantap dan berwibawa.

Rakyat menanti sesuatu yang baik untuk semua.Sudah lama rakyat menanti.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...