Pemimpin ARMADA PPBM didakwa ditangkap miliki 1.5 kilogram ganja

Polis turut menahan isteri suspek, 34 tahun, dan seorang warga asing yang disyaki pembantu rumah pasangan itu. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤميمڤين ارماد ڤڤبم ددعوا دتڠكڤ ميليكي 1.5 كيلوڬرام ڬنجا

Seorang pemimpin Pemuda PPBM (Armada) dilaporkan telah ditangkap polis pada 20hb Januari 2021 atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Penangkapan itu mula-mula didedahkan oleh Mohd Hanizam Yunus, yang menulis di Facebook beliau:

“Yang menariknya kisah tangkapan tu yang berlaku pagi semalam tak keluar mana mana suratkhabar. Seolah olah macam ada konspirasi nak tutup cerita tu.”

Malaysiakini kemudian melaporkan, pegawai polis yang tidak dinamakan berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.

Suspek yang ditangkap dikatakan berusia 35 tahun, manakala tangkapan dibuat di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu atas kesalahan memiliki barang terlarang.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda PPBM (Armada) dilaporkan telah ditangkap polis pada 20hb Januari 2021 atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Menurut Malaysiakini, perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.




Penangkapan itu mula-mula didedahkan oleh Mohd Hanizam Yunus (KLIK SINI), yang menulis di Facebook beliau:

“Kes pesta syabu Adun Dengkil dan budak budak Armada Bersatu yang di serbu polis tahun lepas dah senyap terus.

“Hari ni keluar pulak cerita AJK Armada Nasional di tangkap edar 1.5 kg ganja.

“Yang menariknya kisah tangkapan tu yang berlaku pagi semalam tak keluar mana mana suratkhabar. Seolah olah macam ada konspirasi nak tutup cerita tu.

“Apa pun cukup cantik perancangan Allah.”

Malaysiakini kemudian melaporkan, pegawai polis yang tidak dinamakan itu berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.

Suspek yang ditangkap dikatakan berusia 35 tahun, manakala tangkapan dibuat di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu atas kesalahan memiliki barang terlarang.

Loading...

Susulan tangkapan, polis menyebu kondominium suspek di Ampang, Selangor pada hari sama.

“Ketika pemeriksaan, polis menemui tujuh pokok dan dua anak pokok ganja. Ada beberapa lagi botol ditemui yang disyaki mengandungi ekstrak ganja.

“Kami juga menemui daun kering ganja dalam beberapa beg plastik dan bekas,” kata sumber lagi.

Nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM60,000.

Polis turut menahan isteri suspek, 34 tahun, dan seorang warga asing yang disyaki pembantu rumah pasangan itu.

Malaysiakini melaporkan, ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...