Khairuddin Abu Hassan
ڤميمڤين كوروڤ تاكوت بايڠ سنديري بيلا هيدو كموڠكينن تون محضير كمبالي ڤي عيم كالي كتيڬ
Majoriti daripada rakyat Malaysia memberi reaksi positif dan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk balik sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.
Masyarakat umum amat yakin dengan pentadbiran bersih, cekap dan amanah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hanya segelintir pemimpin-pemimpin politik yang korup saja yang tidak mahu tokoh negarawan melayu ini balik sebagai Perdana Menteri atas dasar takut pada ‘bayang-bayang’ sendiri.
Keadaan ekonomi serta politik negara berada dalam situasi yang amat celaru, kritikal lagi membimbangkan.
Namun, golongan kleptokrats serta perasuah amat gementar dengan ura-ura kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat semula jawatan Perdana Menteri kerana ia berkemungkinan bakal memudaratkan mereka dalam pelbagai segi.
Golongan kleptokrats dan perasuah takut sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat semula jawatan Perdana Menteri peluang mereka untuk mencuri khazanah kerajaan dan merompak duit rakyat juga akan terbantut.
Yang lebih menakutkan puak korup ini adalah mereka takut diambil tindakan undang-undang secara tegas oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di atas setiap kesalahan yang dilakukan.
Tun Dr Mahathir Mohamad amat tegas serta berpegang kuat kepada keluhuran undang-undang.
Untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita amat memerlukan kepimpinan bersih, cekap serta amanah yang ada pada sifat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Rakyat akar umbi amat yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan senantiasa berdoa agar Allah swt menrealisasikan impian ini menjadi realiti.
Tokoh negarawan melayu ini mempunyai kewibawaan untuk memimpin negara dan mampu ‘reset’ Malaysia kearah memacukan semula kemajuan yang memberangsangkan.
Hanya Tun Dr Mahathir mohamad yang boleh mentransformasikan semula negara kleptokrasi kepada kuasa ‘Harimau Asia’ yang disegani.
Keyakinan dunia luar pada negara kita akan berlaku dan pelaburan asing akan mencurah masuk semula secara berskala besar sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad kembali memimpin negara.
Buat kali terakhir kita harus pinjam semula kepakaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk seketika bagi merawat semula kepincangan negara demi masa depan kesejahteraan keseluruhan bangsa serta negara kita yang dicintai ini.
Maruah bangsa dan negara harus ditebus semula agar reputasi negara terus dihormati oleh dunia luar.
Memangkah seterusnya memenangkan Gerakan Tanah Air (GTA) dan parti PEJUANG secara bergaya akan menjadi pemangkin untuk Tun Dr Mahathir Mohamad kembali memimpin negara secara bersih, cekap dan amanah.
