Pemimpin PPBM Kelantan ganti Husam Musa sebagai pengerusi KADA

Pelantikan Husam yang juga naib presieen Amanah sebelum ini dibuat ketika Salahuddin Ayub merupakan menteri pertanian dan industri asas tani. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڠروسي ڤڤبم كلنتن ڬنتي هوسم موسى سباڬاي ڤڠروسي كادا

Pengerusi PPBM Kelantan Datuk Kamarudin Md Noor dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang baru berkuat kuasa 16hb Mei lalu.

Kamarudin dilaporkan mengesahkan pelantikan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dikatakan akan berbuat demikian setelah masuk pejabat secara rasmi minggu depan.

Menurut FMT, surat yang ditandatangani Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee berhubung pelantikan itu menyebut bahawa ia dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Jawatan itu sebelum ini disandang pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa yang dilantik pada 1hb Mac 2019 sewaktu Putrajaya dipimpin oleh gabungan politik itu.


PETALING JAYA: Pengerusi PPBM Kelantan Datuk Kamarudin Md Noor dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang baru berkuat kuasa 16hb Mei lalu.

Menurut laporan berita (FMT), KADA mengucapkan tahniah atas pelantikan Kamarudin.




“Semoga Kada terus mengorak langkah memenuhi agenda untuk kesejahteraan petani seterusnya membantu dalam menjamin bekalan makanan negara,” katanya

Kamarudin dilaporkan mengesahkan pelantikan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dikatakan akan berbuat demikian setelah masuk pejabat secara rasmi minggu depan.

Menurut FMT, surat yang ditandatangani Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee berhubung pelantikan itu menyebut bahawa ia dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik (Kamarudin) sebagai pengerusi Kada selama 2 tahun berkuat kuasa 16 Mei 2020 hingga 15 Mei 2022,” kata Ronald.

Jawatan itu sebelum ini disandang pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa yang dilantik pada 1hb Mac 2019 sewaktu Putrajaya dipimpin oleh gabungan politik itu.

Pelantikan Husam yang juga naib presieen Amanah dibuat ketika Salahuddin Ayub merupakan menteri pertanian dan industri asas tani.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...