Pemimpin PPBM Kelantan letak jawatan

Pemuda MIC membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤميمڤين ڤڤبم كلنتن لتق جاوتن

Seorang individu yang melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pemain badminton negara, S Kisona meletak jawatan daripada parti Bersatu.

Timbalan Presidennya, Ahmad Faizal Azumu mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

Difahamkan, individu tersebut merupakan naib pengerusi Bersatu bahagian Pasir Puteh, Kelantan.

Terdahulu, individu berkenaan menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland malam tadi.

“Saya dapat makluman, pemimpin itu telah menghantar surat perletakan jawatannya dalam Bersatu Bahagian Pasir Puteh.

“Dia juga telah membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Difahamkan, individu tersebut merupakan naib pengerusi Bersatu bahagian Pasir Puteh, Kelantan.

Terdahulu, individu berkenaan menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland malam tadi.

BACA JUGA: ZAHID PERLU PECAT ADUN MELAKA YANG BERSUBAHAT

Dalam kejohanan itu, Malaysia tumpas 1-3 kepada Jepun sekali gus gagal layak ke peringkat akhir yang dijadual berlangsung hari ini.

Kenyataan itu turut mengundang kritikan daripada Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan.

“Saya kecewa dengan semua yang berlaku dan berharap semua rakyat dan pemimpin mesti berhati-hati dalam apa juga tindakan yg boleh merosakkan keharmonian keluarga Malaysia,” kata Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu.

Loading...

Pemuda MIC lapor polis

Sementara itu, Pemuda MIC membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.

Setiausahanya, Andrew David berkata kenyataan seumpama itu tidak boleh dimaafkan.

“Menang dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Kami mengecam tindakan sedemikian perlu dipandang serius.

“Kami harap seluruh rakyat Malaysia perlu tolak pandangan tidak sihat oleh individu-individu sepertinya,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Zahid perlu segera pecat ADUN UMNO Melaka yang bersubahat

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...