Raggie Jessy Rithaudeen
ڤميمڤين سڤرتي رونني ليو ممڤاميركن سيكڤ ءچاوۏينيس ايكستريمء، ڤونچا دڤ دتاكوتي ملايو-اسلام
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Ronnie Liu hari ini mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang ekstrimis dan sengaja mahu menimbulkan perpecahan dalam DAP.
Liu mempersoalkan mengapa Mahathir hanya menamakan dia dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy sebagai pihak yang ekstrem dalam DAP dan bukannya yang lain.
“Tak adillah. Seolah-olah dia menyatakan hanya Ramasamy dan Ronnie yang ekstrem, tak ada yang lain yang ekstrem (dalam DAP).
“Macam Lim Guan Eng, Lim Kit Siang tak ekstrem. Hanya kami berdua saja.
“Ini hanya helah Mahathir untuk menghancurkan hubungan antara saya dan kedua-dua Lim itu,” katanya tengah hari tadi.
Pelik, kerana beberapa hari lalu, Ronnie sendiri mempamirkan sifat ekstrimnya apabila memaklumkan bahawa DAP tidak perlu ‘mencairkan kecinaannya’ hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan hanya kerana kritikan daripada musuh politik mereka.
Menurutnya, DAP perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu lain tetapi tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri sebagai parti bukan Cina.
Kenyataan Ronnie pelik dan bersifat ‘chauvinis tidak prihatin’ memandangkan DAP selama ini menyeru penglibatan bukan Cina dan Muslim atas dasar parti itu merupakan sebuah parti berbilang bangsa.
Malah, DAP mula-mula diterajui oleh Devan Nair, seorang berbangsa India, dan mengembangkan sayapnya dengan usaha gigih gandingan Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh dan juga beberapa tokoh Melayu.
Parti itu kini dianggotai masyarakat bukan Cina dalam bilangan yang agak besar yang turut menyumbang kepada prestasi parti itu di Pilihan Raya Umum ke-14.
Apakah benar Mahathir yang cuba memecah belahkan DAP, atau adakah kenyataan ekstrim Ronnie sendiri bertujuan melumpuhkan pucuk pimpinan parti itu?
WAJIB BACA:
Marzuki: Kata-kata Mahathir disalah tafsir, PEJUANG tidak sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri
